Perhatian Peminat K-Drama! 9 Naskhah Baru Bakal Temui Anda Julai Ini

drama korea julai 2020

Masuk sahaja bulan lain, industri drama Korea masih lagi sibuk hasilkan pelbagai lagi naskhah baru. Bahkan dah banyak drama yang beratur tunggu untuk ditayangkan di kaca televisyen bermula Julai ini!

1. Into The Ring

KBS | 1 Julai

into the ring

Koo Se-ra (Nana) lahir dalam keluarga yang serba miskin namun masih mampu mempunyai personaliti yang ceria. Dia menampung perbelanjaan dirinya dengan mengambil pelbagai pekerjaan separuh masa. Wanita ini juga terkenal di kejiranan tempat tinggalnya kerana sering menfailkan aduan di pejabat perbandaran tersebut.

Seo Kong-myung (Park Sung-hoon) pula bekerja sebagai kakitangan awam gred lima dan dia sangat tegas dengan prinsip hidupnya. Merupakan seorang yang sangat berdedikasi dengan tugasnya, dia turut tidak disukai ramai kerana perangainya yang tidak berkawan itu. Tanpa sengaja, hidup lelaki itu mula berubah selepas berkenalan dengan Koo Se-ra.

2. Model Detective

JTBC | 6 Julai 

drama model detective

Kang Dochang (Son Hyun-joo) telah bekerja sebagai detektif selama 18 tahun. Lelaki ini melakukan siasatan menggunakan pengalamannya dan juga kenalan rapat tanpa menghiraukan teknik saintifik atau pun kuasa pertimbangan.

Oh Ji-hyeok (Jang Seung-jo) adalah seorang detektif elit dan mempunyai pengalaman selama 9 tahun. Tak seperti Do-chang, dia menyiasat menggunakan bukti selain memerhatikan emosi penjenayah. Disebabkan oleh trauma semasa kecil, dia langsung tidak berkongsi perasaannya. Lelaki ini juga adalah seorang yang sangat kaya kerana mendiang pak ciknya telah meninggalkan sejumlah harta pewarisan.

Jin Seo-kyung (Lee Elijah) pula merupakan seorang wartawan surat khabar. Sudah 5 tahun bekerja, dia merupakan seorang veteran yang sangat arif dengan kerjanya.

3. That Guy Is That Guy

that guy is that guy

KBS | 6 Julai

Seo Hyun-joo (Hwang Jung-eum) yang merupakan seorang ketua pengurus untuk sebuah webtoon. Dia sangat teliti dengan kerjanya dan kesemua pelukis di bawahnya berjaya mendapat tempat pertama kerana usahanya yang jitu. Walaupun ramai yang tak suka dengan sikap telitinya itu tetapi mereka tetap mahukan pertolongan wanita tersebut. Beruntung dalam aspek kerjaya, tetapi dia mempunyai nasib yang sangat malang dalam aspek percintaan dan memilih untuk hidup solo.

Hwang Ji-woo (Yoon Hyun-min) ialah seorang CEO kepada syarikat farmaseutikal. Disebabkan dia kedekut senyuman dan nampak bengis, lelaki itu susah dibaca oleh orang lain sejak daripada kecil lagi. Meskipun tampil begitu, tiada siapa tahu yang CEO itu menyimpan rahsia besar di mana dia boleh kembali ke masa lepas.

4. She Knows Everything 

MBC | 8 Julai

she knows everything

Sebuah kejadian misteri telah berlaku di sebuah bangunan apartmen yang bakal melalui proses pengubahsuaian. Disebabkan oleh personaliti penyibuknya, Lee Goong-bok (Kang Sung-yeon) yang merupakan ejen hartanah di situ telah cuba menyiasat insiden yang terjadi sambil dibantu oleh detektif veteran, In Cheol-ho (Jo Han-sun).

5. Did We Love?

JTBC | 8 Julai

did we love

Noh Ae-jeong (Song Ji-hyo) ialah seorang produser filem dan telah hidup sebagai ibu tunggal selama 14 tahun lamanya. Selepas kehidupan tenangnya diterjah oleh 4 lelaki berbeza, anak perempuannya Noh Ha-nee (Um Chae-young) nekad untuk membongkar siapakah di antara mereka merupakan bapa kandung sebenarnya.

Lelaki tersebut terdiri daripada Oh Dae-oh (Son Ho-jun) iaitu seorang penulis buku popular yang misteri, Ryu Jin (Song Jong-ho) pula merupakan pelakon gred A, Koo Pa-do (Kim Min-jun) ialah bekas gangster yang kini merupakan CEO kepada sebuah syarikat kewangan dan terakhir sekali, Oh Yeon-woo (Koo Ja-sung), seorang guru Pendidikan Jasmani di sekolah anaknya. Jadi siapakah yang bakal menambat hati Ae-jung akhirnya nanti?

6. Elegant Friends

JTBC | 10 Julai

jtbc elegant friends

“Elegant Friends” adalah sebuah naskhah yang merungkai kisah misteri berbelit mengenai satu pembunuhan yang berlaku di satu bandar. Ia menelusuri kisah sekumpulan rakan lelaki pertengahan usia yang menduduki sebuah bandar baharu dengan pasangan masing-masing. Awalnya bahagia tapi semuanya berubah dalam sekelip mata apabila pembunuhan yang berlaku membongkar pelbagai rahsia lain.

7. Train

OCN | 11 Julai

ocn train

Seorang lelaki telah kehilangan orang yang paling disayanginya disebabkan oleh seorang pembunuh bersiri. Bagi mencari keadilan, dia telah memasuki ke dalam dunia lagi satu untuk membongkarkan kebenaran di sebalik kematiannya.

Seo Do-won (Yoon Si-yoon) ialah seorang detektif dan sangat bersemangat apabila menjalankan tugasnya. Manakala Han Seo-kyung (Kyung Soo-jin) pula ialah seorang pendakwa dengan personaliti yang telus. Lee Jung-min (Shin So-yul) pula ialah seorang staf di unit penyiasatan saintifik dan dia merupakan sahabat baik yang sentiasa menyokong Do-won daripada belakang.

8. United Effort To Accomplish One Thing

MBC | 22 Julai

united effort to accomplish one thing

Bit-na (Kim Hye-jun) ialah anak kepada seorang pelukis yang terkenal dan memiliki hartanah bernilai hampir ber-bilion won. Tidak dirancang, gadis itu turut terjebak dengan perebutan harta tersebut dan dia mengorak langkah bagi membongkar kebenaran disebalik kejadian ini.

9. Flower Of Evil

tvN | 29 Julai

flower of evil

Cha Ji-won (Moon Chae-won) merupakan seorang detektif dan sudah pun berkahwin dengan Baek Hee-sung (Lee Jun-ki). Lelaki itu ialah seorang suami yang sangat sempurna dan ayah yang berdedikasi pada anak perempuan mereka. Disebalik senyuman manisnya, Baek Hee-sung sebenarnya menyembunyikan kehidupan lampaunya yang berdarah dan hidup di bawah identiti orang lain. Sifat ingin tahu Cha Ji-won bagi menyelesaikan kes jenayah yang dikendalinya, membawa wanita itu kepada satu pendedahan yang mengejutkan. Adakah suaminya sama seperti apa yang dikenalinya selama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply