Ikuti Kami:

Percintaan Kompleks Dengan Ibu Tunggal, Kenali 4 Lelaki Cuba Menangi Hati Song Jihyo Dalam ‘Did We Love?’

Percintaan Kompleks Dengan Ibu Tunggal, Kenali 4 Lelaki Cuba Menangi Hati Song Jihyo Dalam ‘Did We Love?’

Rasanya semua mesti ingin tahu watak 4 lelaki yang bakal menghuru-harakan kehidupan cinta Song Ji-hyo dalam drama terbaru “Did We Love” nanti kan?

Sinopsis “Did We Love?”

Noh Ae-jeong (Song Ji-hyo) ialah seorang produser filem dan telah hidup sebagai ibu tunggal selama 14 tahun lamanya. Selepas kehidupan tenangnya diterjah oleh 4 lelaki berbeza, anak perempuannya Noh Ha-nee (Um Chae-young) nekad untuk membongkar siapakah di antara mereka merupakan bapa kandung sebenarnya.

Bekas kekasih Noh Ae-jeong iaitu Oh Dae-oh (Son Ho-jun) ialah seorang penulis novel yang popular dengan nama pena Cheon Eok-nam. Menurut Ha-nee, lelaki ini sedikit menjengkelkan. Lelaki kedua pula ialah pelakon terkenal bernama Ryu Jin (Song Jong-ho) yang nampak sempurna daripada pelbagai sudut tetapi menyembunyikan persona yang berbeza di sebalik imejnya sebagai bintang filem.

did we love

Oh Yeon-woo (Koo Ja-sung) merupakan guru kelas Ha-nee dan tinggal bersama keluarga Ae-jeong bahkan ibu wanita itu sangat menyukainya. Yang terakhir sekali ialah Koo Pa-do (Kim Min-jun) pula digambarkan sebagai seorang bekas gangster yang ‘seksi tapi menakutkan’. Lelaki ini juga ialah pelabur untuk filem Ae-jeong selain merupakan bapa kepada Dong-chan, kawan baik kepada Ha-nee.

did we love

Joo A-rin (Kim Da-som) hadir sebagai pesaing Ae-jeong dalam hubungan cinta yang berselirat ini. Jadi siapakah di antara 4 lelaki kacak ini ialah bapa kandung kepada Ha-nee?

Watak lelaki yang berebutkan Ae-jeong

Son Ho-jun menjelaskan bahawa Oh Dae-oh ialah satu figura yang mempunyai satu sisi disukai ramai jikalau mereka pernah bercinta sebelum ini. Pelakon ini turut menjelaskan bahawa dia menyukai watak tersebut kerana Dae-oh mudah didampingi. Meskipun nampak seperti jahat di luar tetapi ada sesuatu mengenainya yang membuatkan orang lain suka.

Song Jong-ho mendedahkan bahawa watak Ryu Jin adalah satu karakter yang belum pernah dicabarnya sebelum ini. Pelakon ini menggambarkan persona wantak ini dengan mengatakan bahawa ia membuatkan dirinya menonjolkan pelbagai sisi yang tersimpan dalam.

did we love

Koo Ja-sung pula akan membawa watak Oh Yeon-woo yang optimistik dan bertimbang rasa manakala Kim Min-joon menekankan hati Goo Pa-do yang lembut walaupun aura luarannya yang nampak bengis. Kedua mereka adalah penyokong paling kuat Ae-jeong.

Mesej drama ini yang menarik perhatian

Kesemua pelakon lelaki ini mendedahkan bahawa mereka tertarik dengan drama ini kerana kehadiran 4 lelaki yang dipadankan dengan Ae-jeong. Mesej mengenai cinta yang mungkin tiba-tiba datang ketika seseorang itu sedang mengalami kesusahan dalam kehidupan juga terasa dekat dengan para pelakon drama ini

Jangan lupa untuk tonton drama ini di saluran tvN dan juga Netflix bermula 8 Julai nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...