Ikuti Kami:

Penuh Pelakon Hebat, Drama Perubatan ‘Doctor Playbook’ Kenalkan Watak Utama Mereka!

Penuh Pelakon Hebat, Drama Perubatan ‘Doctor Playbook’ Kenalkan Watak Utama Mereka!

Ada tak yang pernah menonton drama komedi gelap iaitu “Prison Playbook”? Kisah yang menekankan kehidupan pegawai, warden dan pesalah di dalam penjara. Walaupun topiknya agak berat tetapi ia berjaya menarik jumlah penonton yang ramai kerana teraju utamanya yang berbakat serta babak kelakar yang mencuit hati. Khabarnya penulis drama itu kini bakal kembali dengan projek terbaru yang bertajuk “Doctor Playbook” ataupun “Wise Doctor Life”.

Semua penonton ratanya memang teruja nak tonton drama ini kerana barisan pelakonnya yang terdiri daripada pelakon yang hebat belaka! Antaranya ialah Jo Jungsuk, Jung Kyungho, Yoo Yeonseok, Kim Daemyung, Jeon Mido dan banyak lagi! Melihatkan saja daripada nama-nama ini, sudah pasti ramai yang menebak bahawa drama ini best dan tidak boleh diketepikan.

doctor playbook

“Wise Doctor Life” membawa cerita tentang lima sekawan yang belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bekerja di dalam sebuah hospital yang sama. Sememangnya drama perubatan merupakan tema yang tidak asing lagi dalam arena drama dan perfileman di Korea tetapi naskhah ini lebih memberi fokus kepada kehidupan harian dan biasa para kakitangan hospital dan pesakit.

doctor playbook

Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton, saluran Youtube tvN telah meriliskan sebuah trailer pendek bagi memberi pengenalan kepada kesemua watak utama drama ini.

Song Hwa (Jeon Mido) merupakan tunggak utama kepada kumpulan itu

doctor playbook

Seok Hyung (Kim Daemyung) yang tak suka bercampur

doctor playbook

Lelaki popular Ik Joon (Jo Jungsuk)

doctor playbook

Joon Wan (Jung Kyungho) bijak tetapi ramai yang menyampah

doctor playbook

Baik hati di luar tetapi sebenarnya sensitif, Jung Won (Yoo Yeonseok)

doctor playbook

Meskipun nampak menghiburkan tetapi “Doctor Playbook” turut membawa beban yang dialami oleh doktor kerana profesion mereka yang penuh dengan tekanan itu. Setiap daripada mereka hidup dengan satu moto yang sama bagi terus berjuang menyelamatkan nyawa ramai pesakit.

Saya akan buat yang terbaik. Berhenti bukanlah suatu pilihan.

Tak sabar rasanya nak saksikan drama kehidupan sebenar doktor ini! Nampak gayanya macam menyeronokkan. Sama-sama kita saksikan tayangan episod pertamanya pada 12 Mac ini di saluran tvN.

Sumber: Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...