Ikuti Kami:

Penonton Pilih Drama Korea Dan Watak Kegemaran Bagi Tahun 2019!

Penonton Pilih Drama Korea Dan Watak Kegemaran Bagi Tahun 2019!

Dah nak dekat penghujung tahu 2019 pun, pejam celik sahaja kan? Tahun ini juga merupakan tahun yang memberangsangkan bagi drama dan filem Korea. Dengar cerita, semakin ramai orang Malaysia pun dah semakin suka tengok drama keluaran negara ini? Mungkin sebab plot ceritanya yang unik dan tidak dibuat oleh drama keluaran negara sendiri.

Bagi meraikan pengakhiran tahun 2019, laman komuniti theqoo telah mengundi drama, pelakon lelaki dan pelakon wanita untuk tahun ini. Nah lihatlah senarainya!

Drama Kegemaran Tahun 2019

1: ‘When The Camellias Bloom’

2: ‘Extraordinary You’

3: ‘Hotel Del Luna’

Watak Lelaki Terbaik 2019

1: Haru (Extraordinary You)

2: Hwang Yong Sik (‘When The Camellia Blooms’)

3: Kim Hae Il (‘The Fiery Priest’)

Watak Wanita Terbaik 2019

1: Jang Man Wol (‘Hotel Del Luna’)

2: Dong Baek (‘When The Camellia Blooms’)

3: Eun Dan Oh (‘Extraordinary You’)

Banyak sebenarnya drama dan watak lakonan yang tercalon dalam undian ini. Mesti susah nak pilih mana naskhah yang paling melekat di hati anda kan? Ada tak drama kegemaran anda dalam ini?

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...