Ikuti Kami:

Penonton Mengeluh, Episod Akhir ‘Woman Of 9.9 Billion Won’ Beri Penutup Terbuka!

Penonton Mengeluh, Episod Akhir ‘Woman Of 9.9 Billion Won’ Beri Penutup Terbuka!

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai peminat K-Drama yang semakin ‘ketagih’ dengan naskhah misteri dan penuh dengan saspens yang tidak dijangka langsung! Babak seperti itu pasti membuatkan mereka tak senang duduk kerana ingin tahu cerita sebenar disebaliknya. Kalau anda peminat drama seperti ini, tolonglah tengok drama yang baru sahaja tamat di saluran KBS iaitu “Woman of 9.9 Billion”. Kebanyakan penonton Korea sukakan drama ini kerana plotnya yang susah nak dijangka!

Selepas penuh dengan plot twist yang mendebarkan, akhirnya tamat juga drama saspens ini. Lakonan Cho Yeojeong dan Kim Kangwoo nyata menambahkan perisa yang cukup bagi menyedapkan lagi drama ini. Pun begitu, ramai penonton yang seakan berbelah bagi dengan kesudahan “Woman of 9.9 Billion” ini.

woman of 9.9 billion won

[Amaran SPOILER]

Tumpaskan Leon

Meskipun semua bencikan Jaehoon kerana kelicikannya tetapi mereka tetap bersimpati dengan pembunuhannya atas arahan Leon. Pada penonton, dia menjadi jahat atas sebab yang kukuh jadi segala usahanya selama ini seperti sia-sia sahaja. Namun penonton bersedih bersamanya apabila dia sempat mengucapkan rasa cinta kepada isterinya pada saat terakhir hidupnya.

Lelaki itu juga sempat memaklumkan kepada Seoyeon bahawa Daniel Kim itu sebenarnya adalah Leon lantas mendedahkan dalang disebalik semua masalah ini. Seoyeon, Taewoo dan Haejoo telah berganding bahu bagi menumpaskan lelaki psiko itu kerana disebabkan dia seorang, mereka semua hilang orang tersayang!

Leon cuba menggoda Seoyeon dengan 9.9 bilion won tersebut kerana tahu wanita itu gilakan wang tetapi Seoyeon akhirnya tutup mata dan menolak kemewahan itu kerana dia tidak mahu lagi menjadi raksasa kerana ketamakan harta dunia. Meskipun Taewoo mempunyai peluang untuk membunuh Leon yang telah mengambil nyawa adiknya dahulu, dia juga mengalah dan tidak mahu mengotorkan tangannya dengan darah lelaki jahat tersebut. Dalam kekalutan tersebut, Inpyo telah masuk campur dan menembak mati lelaki jahat itu.

Berpisah akhirnya

Hidup mereka semua kembali normal di mana Taewoo kembali dilantik menjadi pegawai polis serta Seoyeon juga bakal terbang ke Tahiti menurut impiannya. Babak terakhir di lapangan terbang membuatkan penonton sedih habis kerana kedua-dua Taewoo dan Seoyeon membuat keputusan untuk berpisah sementara dan jika ada jodoh, mereka akan berjumpa lagi. Para penonton sedar bahawa kedua mereka perlukan masa untuk baiki diri sendiri dan percaya yang mereka akan bersama suatu hari nanti.

Penutup terbuka ini memberikan 1001 imaginasi kepada para penoton. Meskipun sedih mereka tidak bahagia bersama, tetapi akhirnya si jahat tersebut berjaya ditumpaskan dan semua orang boleh hidup dengan tenang tanpa perlu rasa terancam sepanjang masa.

Mungkin kesudahan seperti ini adalah yang terbaik kerana mereka baru sahaja menjalani satu fasa hidup yang sukar, jadi kedua-dua Seoyeon dan Taewoo perlukan masa untuk baiki kehidupan peribadi mereka dahulu sebelum terus melompat ke satu perhubungan yang serius.

Sumber: Dramabeans

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...