Ikuti Kami:

Peminat Terjumpa Secara Tak Sengaja, Kang Haneul ‘Senyap-Senyap’ Bayarkan Makanan Mereka!

Peminat Terjumpa Secara Tak Sengaja, Kang Haneul ‘Senyap-Senyap’ Bayarkan Makanan Mereka!

Mesti seronokkan kalau dapat jumpa dengan artis kegemaran anda? Bukan jumpa dekat konsert atau pun fanmeeting ke, tapi terserempak secara tidak sengaja. Mesti rasa bertuah gila kalau perkara ini terjadikan? Inilah yang dilalui oleh peminat pelakon Kang Haneul yang secara tak sengaja terjumpa dengannya!

Peminat tersebut telah berkongsi pengalaman berharga tersebut di laman media sosialnya. Menerusi kapsyen entri tersebut, peminat itu menyatakan bahawa pelakon lelaki itu telah membayar makanan mereka secara senyap-senyap sebelum dia meninggalkan kedai itu.

kang haneul dipuji belanja peminat

“Dia membayar makanan dan arak kami. Nampaknya, kami telah menggunakan kesemua tuah kami yang disimpan untuk tahun depan. Saya merupakan peminat awak sejak lama dahulu lagi. Sentiasa bahagia dan saya cintakan awak, Kang Haneul.”

Bukan sahaja Kang Haneul belanja makan, bahkan dia juga tak menolak untuk berswafoto dengan peminatnya itu. Untungnya! Menurut peminat itu lagi, pelakon lelaki tersebut telah melawat ke restoran itu kerana ada makan malam bersama pasukan muzikal Fantasy Fairy Tale.

kang haneul dipuji belanja peminat

Kepada yang tidak tahu, Kang Haneul sememangnya terkenal dengan sikap peramah dan baik hatinya. Bahkan dia sentiasa mendapat pujian daripada rakan selebriti lain yang pernah bekerjasama dengannya.

Sumber: On Demand Korea

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...