Peminat-Anti Jerit ‘OUT’ Pada Jeon Somin Ketika Fanmeeting Di Vietnam, Peminat Song Jihyo Disalahkan?

jeon somin dibenci peminat song jihyo

“Running Man” sememangnya dikenali ramai, bukan sahaja ditonton oleh peminat K-Pop bahkan ada yang bukan peminat drama atau pun idola Korea turut meminati rancangan hiburan ini! Disebabkan oleh kepopularitian setiap ahli program ini, mereka sering menjelajah je beberapa negara Asia bagi berjumpa dengan peminat-peminat mereka yang berada di serata negara. Macam idola K-Pop!

running man

Setelah berhenti melakukan perjumpaan peminat selepas beberapa ketika, kini mereka kembali mengadakannya mungkin kerana permintaan daripada orang ramai. Pada 1 Disember lepas, mereka telah terbang ke Ho Chi Minh, Vietnam bagi melaksanakan perjumpaan “Running Man, Keep On Running”. Yang bestnya kerana semua ahlinya iaitu Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Haha, Song Jihyo, Lee Kwangsoo, Yang Sechan dan Jeon Somin hadir untuk menjayakannya!

Meskipun majlis itu sepatutnya meninggalkan memori yang menyeronokkan tetapi ada satu insiden yang telah merosakkannya. Selepas habis satu persembahan, ramai yang mula menjerit nama setiap ahli “Running Man” seorang demi seorang tetapi apabila sampai pada Somin, ada individu yang turut menjerit “OUT” selepas namanya dipanggil.

jun somin ramai peminat anti salah song jihyo

Hal ini membawa kepada pendedahan Jeon Somin pada 2 tahun lepas apabila dia menyatakan ramai peminat “Running Man” yang mencercanya di ruangan komen Instagram. Sampai ada yang menyuruhnya mati sahaja!

jun somin ramai peminat anti salah song jihyo

Bagi setiap perjumpaan peminat rasmi, mereka menjual barangan “Running Man”, contohnya seperti lightstick untuk memeriahkan lagi suasana acara itu. Walaupun sudah ada lightstick baru yang mempunyai tulisan ‘Running Man’, ‘Jangan Jalan Tetapi Lari’, tetapi masih ada yang membawa lightstick lama dengan tulisan ‘Running Man 7012’ yang melambangkan tujuh ahli lama termasuk Kang Gary yang sudah menarik diri daripada program itu pada 2016.

jun somin ramai peminat anti salah song jihyo

Ramai peminat daripada Korea telah menyelar tindakan biadap mereka terhadap ahli baru “Running Man” iaitu Jeon Somin dan Yang Sechan. Mereka juga menyebut bahawa kebanyakan peminat anti Somin terdiri daripada kalangan peminat Song Jihyo.

“Adakah peminat daripada luar negara gila?… Mereka sedang dalam keadaan baik. Jangan buat perkara sebegini.”

“Somin mempunyai ramai peminat anti dalam kalangan peminat daripada luar negara. Mereka juga terdiri daripada peminat Song Jihyo. Jahatnya.”

“Jangan sakiti Jeon Somin… Dia baik-baik sahaja dengan ahli lain.”

“Jeon Somin sering menerima kebencian daripada peminat warga asing terutamanya daripada Vietnam dan Asia Tenggara. Saya betul-betul tak faham.”

“Bagi peminat warga asing terutamanya daripada Asia Tenggara, ‘Running Man’ adalah seperti kumpulan idola, jadi mereka menolak ahli baru. Jangan buat perkara sebegini, ‘Running Man’ hanyalah rancangan hiburan dan ia adalah perkara biasa untuk menukar ahli dalamnya.”

“Kebanyakan daripada mereka adalah peminat fanatik Song Jihyo.”

Kenapa buat Jeon Somin macam itu? Dia juga merupakan ahli “Running Man” dan dia selayaknya berada di atas pentas itu sama seperti ahli yang lain.

Sumber: TheQoo

Leave a Reply