Ikuti Kami:

Pemain Korea Kacak Bakal Jadi Defender Perak, Lelaki Kutuk Tapi Gadis Dah Tak Sabar Nak Serbu Stadium!

Pemain Korea Kacak Bakal Jadi Defender Perak, Lelaki Kutuk Tapi Gadis Dah Tak Sabar Nak Serbu Stadium!

Arena bola sepak merupakan antara sukan yang sangat popular di Malaysia. Tak kisahlah lawan antara negeri ke antara negara ke, penyokong tempatan pasti memenuhi stadium untuk memberi semangat kepada Harimau Malaysia!

Tambahan lagi, kalau yang minat sesuatu pasukan tu kaw-kaw punya, sudah pasti peminat mesti tahu punya pemain yang baru masuk dan pemain yang akan keluar. Sama juga dengan peminat pasukan bola sepak Perak ini apabila dia memaklumkan kepada semua orang bahawa seorang pemain Korea bernama Jeon Hyoseok bakal diimport masuk sebagai pemain pertahanan Perak pada tahun hadapan.

jeon hyoseok pemain bola perak

Tapi yang menjadi persoalan ramai adalah kerana sikap admin page itu yang bersikap rasis dan memerli pemain Korea yang sedang bermain untuk kelab Asan Mugunghwa tersebut. Pemuda 22 tahun itu merupakan midfielder bagi kelabnya itu dan telah beralih daripada kelab Jeju International University yang dianggotainya sebelum ini.

Admin tersebut menggunakan kata-kata yang agak tidak sedap didengar kerana dia dengan selambanya telah memerli Jeon Hyoseok dengan mengatakan bahawa mukanya yang jambu seperti artis K-Pop itu, sudah pasti tidak mampu melawan serangan pemain lain.

jeon hyoseok perakTak cukup dengan itu, dia juga mengatakan bahawa pemain berasal daripada Korea itu tidak boleh dihencap langsung walaupun bermain dengan teruk sekalipun kerana takut peminat fanatik datang menyerang.

jeon hyoseok perak

Banyak juga tweet yang menyokong kenyataan admin page tersebut tetapi masih ramai lagi yang datang ‘back up’ Jeon Hyoseok dan menyelar kenyataan admin itu yang dianggap rasis dan tidak sensitif. Jambu pun tak semestinya tak boleh main bola!

jeon hyoseok terima selaran daripada orang perak

Ramai juga para wanita yang dah tak sabar nak penuhkan stadium sekiranya benar Jeon Hyoseok bakal bermain sebagai pertahanan untuk pasukan Perak pada tahun hadapan. Habislah penuh dengan gegadis, yang lelaki bolehlah bersila di rumah ya!

jeon hyoseok perak

jeon hyoseok perak

Rupanya Jeon Hyoseok ini juga sering menjadi buah mulut ramai gadis di Korea. Menurut perbualan mereka dalam laman komuniti, lelaki ini dikatakan mempunyai rupa seperti beberapa selebriti Korea seperti Bae Jinyoung dan Lee Jehoon. Dah terkenal kat Korea pun sebenarnya!

jeon hyoseok

jeon hyoseok

Untunglah siapa yang dapat tengok game Perak selepas ini. Dapat duduk 90 minit cuci mata tengok Jeon Hyoseok yang tampan dan kacak ini!

Sumber: Football.net

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...