Ikuti Kami:

Pelakon Sampingan ‘Goblin’, Go Soojung Dikhabarkan Meninggal Dunia Pada Usia 25 Tahun

Pelakon Sampingan ‘Goblin’, Go Soojung Dikhabarkan Meninggal Dunia Pada Usia 25 Tahun

Umur muda pun belum tentu anda akan ada jangka hidup lama yang panjang. Sekarang ini, ramai juga anak muda yang baru sahaja nak ‘hidup’ tapi terpaksa pergi dahulu.

Terbaru, seorang pelakon muda iaitu Go Soojung dikhabarkan sudah tiada lagi di dunia ini kerana penyakit yang tidak dapat didedahkan. Gadis itu yang baru sahaja berusia 25 tahun nampaknya tidak dapat terus menyinari industri lakonan Korea kerana insiden sedih ini.

go sujeong meninggal

Berita ini telah diumumkan sendiri oleh syarikat naungannya iaitu Story J Company.

Go Soojung telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia dan kini menjadi salah satu bintang yang bersinar di langit.

Upacara pengebumian mendiang dijalankan secara tertutup atas permintaan keluarga dan semuanya sudah selamat berlangsung pada 9 Februari lepas.

Kepada yang tidak tahu, gadis comel ini telah melakukan kemunculan pertama sebagai pelakon sampingan menerusi drama “Goblin” pada tahun 2016 dan diikuti dengan “Solomon Perjury” pada tahun yang sama.

go sujeong meniggal

Mendiang juga pernah muncul dalam video promosi Seoul bersama kumpulan BTS iaitu “With Seoul”.

go sujeong meninggal

Salam takziah.

Sumber: Yonhap News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...