Ikuti Kami:

Pelakon Muzikal Muncul Pertama Kali Dalam Drama, Watak Songhwa Dalam ‘Hospital Playlist’ Disukai Ramai

Pelakon Muzikal Muncul Pertama Kali Dalam Drama, Watak Songhwa Dalam ‘Hospital Playlist’ Disukai Ramai

Pasti ramai sekarang ini yang melekat di hadapan televisyen setiap hari Khamis bagi menonton drama perubatan “Hospital Playlist”. Penat betul nak tunggu setiap minggu, dahlah tayang satu episod sahaja saban minggu!

Meskipun drama ini menjadi perhatian ramai kerana beberapa teraju yang hebat seperti Jo Jungsuk, Jung Kyungho dan Yoo Yeonseok, tetapi satu-satunya teraju utama perempuan di dalam naskhah ini telah berjaya mencuri perhatian penonton.

Jeon Mido, pertama kali berlakon drama

Pelakon yang membawa watak Chae Songhwa iaitu Jeon Mido ternyata asing bagi peminat drama Korea. Dah berusia 38 tahun tetapi namanya baru sahaja menjadi buah mulut orang ramai sejak mula berlakon dalam “Hospital Playlist”. Kalau anda nak tahu, wanita berbakat ini sebenarnya merupakan veteran dalam dunia muzikal dan sudah mempunyai pengalaman lebih sedekad di pentas tersebut.

jeon mido dalam hospital playlist

Bakat wanita ini mungkin hanya disimpan pada mata orang seni sahaja sekiranya pengarah drama ini iaitu Shin Wonho tidak mengambil peluang ini untuk memperkenalkan pelakon itu ke mata dunia. Malahan, pelakon Jo Jungsuk dan Yoo Yeonseok juga mengakui bahawa mereka merupakan peminat tegar Jeon Mido selepas beberapa kali melihat pementasan muzikal yang didukunginya selain mereka juga ada meminta pengarah “Hospital Playlist” supaya mengambil wanita tersebut berlakon.

Songhwa seorang yang sempurna

Dalam “Hospital Playlist”, Songhwa merupakan titik tengah kepada persahabatan lima sekawan itu yang mula mengikat hubungan sejak daripada sekolah perubatan lagi. Doktor wanita ini dibayangkan sebagai seorang yang sangat sempurna dan tiada cela langsung. Dalam seminggu, dia mempunyai jadual yang penuh dengan memberi syarahan, melakukan pembedahan penting, menyemak tesis pelajar di bawahnya, menyertai persidangan namun masih mampu untuk meluangkan masa untuk diri sendiri dengan berkhemah dan memanjat bukit pada hujung minggu.

jeon mido dalam hospital playlist

Walaupun nampak ‘keras’ kerana perwatakannya yang tiada cela tetapi para penonton membanjiri watak tersebut dengan pujian selain mempunyai ‘crush’ kepadanya kerana kemampuannya sebagai doktor yang baik. Perasan tak, meskipun Songhwa garang dengan pelajar didikannya semasa dalam dewan pembedahan atau pun ketika berjumpa dengan pesakit, profesor wanita itu pasti akan mendekati pelajar tersebut di penghujung hari dan menjelaskan segala yang dilakukan adalah supaya mereka menjadi doktor yang berkaliber suatu hari nanti.

Karakter Chae Songhwa disukai penonton!

Jeon Mido ternyata berjaya mencuri hati ramai penonton walhal baru sahaja pertama kali muncul dalam dunia drama. Keberkesanan lakonannya telah membuatkan semua penonton lebih menjiwai dan meggemari watak Chae Songhwa dalam “Hospital Playlist”.

Karakternya adalah lebih menarik daripada apa yang sangkakan, sehinggakan saya sangat gembira kerana dapat lihat personaliti watak seperti itu! Kelima-lima pelakon utama adalah sangat sepadan.. Masa menonton berlalu dengan cepat… Kenapa episod baru seminggu sekali sahaja. Saya mahu menonton lebih banyak lagi!!

 

Dahlah cantik, pandai berlakon pula. Watak ini sangat sepadan dengan Jeon Mido.

 

Salah seorang daripada keluarga saya bekerja sebagai doktor… Dia puji drama ini kerana menggambarkan kehidupan para doktor sebagai tenang.

 

Saya suka sebab ramai pelakon dalam ini bermula daripada teater dan muzikal (Jo Jungsuk, Kim Daemyung dan Jeon Mido). Disebabkan itu, saya boleh menjiwai dengan lebih mendalam lagi drama ini.

 

Watak yang sangat mempersonakan, sangat padan dengan Jeon Mido.

 

Watak ini dan pelakon pilihan adalah sangat sepadan. Lontaran suara pun bagus, ekspresi muka pun nampak natural. Sangat seronok!

 

Nampak seperti doktor sebenar. Kelihatan sangat tegas!

 

Kelakar betul semasa dia menyanyikan lagu!

jeon mido dalam hospital playlist

Mesti ramai yang dah jatuh cinta melihat Chae Songhwa dan rakan lelakinya yang lain kan? Jangan lupa untuk tonton “Hospital Playlist” menerusi saluran tvN dan Netflix pada setiap hari Khamis!

Sumber: MyDaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...