Ikuti Kami:

Park Jooho Umum Naeun Dan Gunhoo Bakal Dapat Adik Baru!

Park Jooho Umum Naeun Dan Gunhoo Bakal Dapat Adik Baru!

Rancangan hiburan keluarga iaitu “Superman Returns” merupakan antara program realiti yang mendapat perhatian ramai di Korea dan juga serata dunia. Mungkin kerana penonton terhibur melihat gelagat anak-anak selebriti yang dijaga sepenuhnya oleh si ayah apabila si ibu tiada di rumah untuk beberapa hari. Memang kelakar habis sebab dapat lihat kekalutan geng bapa-bapa menguruskan rumah tangga selain dapat melihat keletah comel anak-anak mereka.

Antara keluarga selebriti yang disayangi ramai ialah pemain bola sepak, Park Joo Ho. Sejak mula kemunculannya, memang ramai yang jatuh hati melihat kecomelan anak-anaknya iaitu Naeun dan Gunhoo. Telatah anak terunanya Gunhoo yang kelakar dan ‘masuk air’ telah menarik ramai gadis dan makcik-makcik untuk jatuh sayang padanya. Walaupun belum pandai bertutur, tapi bebelan merepeknya itu sangat menghiburkan!

park jooho dan naeun serta gunhoo

Baru-baru ini, “Superman Returns” telah menerima anugerah utama (Daesang) di ‘2019 KBS Entertainment Awards’! Semasa ucapan penghargaan, ayah kepada Naeun dan Gunhoo telah mengumumkan satu berita yang sangat menggembirakan.

“Untuk malam yang istimewa ini, saya ingin mengumumkan satu berita yang gembira. Naeun dan Gunhoo bakal mendapat adik baru. Saya akan bertemu anda semua sebagai seorang ayah kepada tiga orang cahaya mata pada tahun hadapan. Naeun dan Gunhoo, ayah menang anugerah kerana kamu. Terima kasih banyak dan saya sayang awak Anna, kerana menyokong saya dalam susah dan payah.”

park jooho umum anak ketiga

Kesemua penonton “Superman Returns” terutamanya peminat keluarga Naeun dan Gunhoo meluahkan rasa teruja dengan berita gembira itu. Mereka juga mendoakan agar ibu kepada dua anak comel ini iaitu Anna bakal melalui proses bersalin dengan senangnya. Dikhabarkan, wanita itu kini berada di Switzerland dan bakal melahirkan anak ketiga mereka di sana.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...