Ikuti Kami:

Park Bom Buat Kemunculan Kembali Selepas 8 Tahun

Park Bom Buat Kemunculan Kembali Selepas 8 Tahun
Peminat-peminat 2NE1 semestinya merindui mereka setelah kumpulan gadis Kpop itu telah dibubarkan pada tahun 2016. Anda mungkin boleh mengubat sedikit kerinduan itu dengan salah seorang anggotanya Park Bom membuat ‘comeback’ dengan single terbarunya yang berjudul ‘Spring’ bertepatan dengan musim bunga di Korea sekarang ini. park bom Di dalam  lagu ini anda bukan sahaja boleh menyaksikan Park Bom sahaja namun lagu ini juga menampilkan Sandara Park sebagai rapper jemputan.  Selain lagu ‘Spring’ single album kembalinya Park Bom ini juga memuatkan 2 lagu lagi iaitu ‘My Lover’ dan juga ‘Embarassed’.
Kembalinya Park Bom kali ini bukan lagi bersama syarikat lamanya YG Entertainment namun di bawah payung syarikat baru iaitu D-Nation Entertainment. Semoga Park Bom  berjaya dengan single barunya sepertimana zaman kegemilangan 2NE1 ataupun penyambung legasi mereka dari YG Entertainment Blackpink.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...