Ikuti Kami:

‘Parasite’ Jadi Filem Bahasa Asing Pertama Menang Anugerah Paling Top Di ’26th SAG Awards’!

‘Parasite’ Jadi Filem Bahasa Asing Pertama Menang Anugerah Paling Top Di ’26th SAG Awards’!

Api filem “Parasite” nampaknya masih lagi membara! Walaupun diriliskan pada tahun lepas tetapi mereka masih lagi tak menang tangan mengaut anugerah daripada majlis penganugerahan di Korea dan juga persada dunia.

Terbaru, filem misteri itu telah menjadi filem bahasa asing pertama yang berjaya memenangi kategori ‘Outstanding Performance by a Cast in a Motion Picture’ di 26th SAG (Screen Actors Guild) Awards! Anugerah itu dihadiahkan kepada semua barisan pelakon utama kerana persembahan hebat mereka. Kalau anda nak tahu, “Parasite” merupakan filem Asia pertama yag tercalon dan berjaya memenangi anugerah itu.

Pengarah Bong Joonho yang berada di bawah pentas tak dapat sorok rasa bangganya apabila melihat pelakon filemnya berdiri tinggi di atas pentas tersebut. Pelakon “Parasite” yang hadir bagi menerima anugerah itu ialah Song Kangho, Lee Sungyun, Choi Woosik, Park Sodam dan Lee Jungeun.

Song Kangho memberikan ucapan dan mengatakan, “Saya rasa ‘Parasite’ adalah sebuah cerita mengenai cara menjalani hidup. Selepas menerima anugerah yang bermakna ini, saya rasa seperti kami dah buat filem yang bagus. Saya sangat bersyukur dapat memegang anugerah ini di hadapan ramai pelakon besar yang saya kagumi dan saya pasti akan ingat kenangan indah ini untuk selamanya.”

Sampai dah habis majlis itu pun, pengarah Bong Joonho tak berhenti lagi merakam detik bersejarah itu!

parasite

Bangga sungguh apabila melihat kesemua pelakon Hoolywood yang hadir pada anugerah berprestij itu berdiri dan memberikan tepukan yang paling gemuruh kepada semua pelakon “Parasite”.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...