Netizen Persoal Kemenangan Hanbyul Di Big Stage 2019, Dato’ Siti Nurhaliza Beri Jawapan ‘Padu’

dato siti nurhaliza tampil bela hanbyul

Seperti yang semua ketahui, peserta daripada Korea Selatan iaitu Hanbyul telah berjaya merangkul trofi kemenangan bagi pentas Big Stage 2019 semalam. Sepanjang 8 minggu pertandingan itu berjalan, Hanbyul ternyata tidak main-main semasa persembahannya. Dia sentiasa memberikan persembahan yang mantap diiringi pula dengan vokalnya yang memukau. Memang konsisten dan tiada kelemahan langsung!

Sudah ramai yang dapat menebak bahawa Hanbyul mempunyai potensi yang tinggi untuk memenangi Big Stage 2019 sejak daripada awal pertandingan ini lagi. Antara saingan terdekatnya ialah peserta daripada Malaysia iaitu Neeta daripada band iamNeeta. Walaubagaimanapun, rezeki kemenangan ternyata datang mengetuk alamat Hanbyul pada akhirnya.

hanbyul menang big stage 2019

Walaupun sering mendapat pujian melambung daripada juri dan peminat, ada pula yang tak puas hati apabila lelaki ini telah dinobatkan juara semasa pentas akhir Big Stage semalam. Segelintir netizen menyelar keputusan itu kerana tidak faham kenapa penyanyi daripada luar negara yang memenangi pertandingan anjuran Malaysia. Kata mereka, sepatutnya program seperti ini memartabatkan bakat daripada tanah air sendiri.

netizen kritik kemenangan hanbyul

netizen kritik kemenangan hanbyul big stage 2019

Namun begitu, banyak juga netizen yang matang dan ‘back up’ Hanbyul daripada tohmahan tersebut. Pada mereka, lelaki itu sememangnya layak menang kerana berjaya memberikan persembahan yang konsisten pada setiap minggu. Bukan itu sahaja, dia tidak kekal selesa dengan genre kegemarannya bahkan tidak segan untuk mengambil risiko dan mencuba pelbagai genre muzik baru seperti rock, dangdut dan persembahan rap. Bahkan boleh nyanyi lagu bahasa Melayu dengan sebutan yang baik sekali!

netizen sokong kemenangan hanbyul

netizen sokong kemenangan bog stage 2019 hanbyul

Selepas pengumuman pemenang Big Stage 2019, satu temu bual telah diadakan bersama juri dan juga peserta peringkat akhir rancangan itu. Apabila ditanyakan soalan mengenai kemenangan yang berpihak kepada Hanbyul iaitu seorang penyanyi daripada luar negara, Dato’ Siti Nurhaliza tidak mendiamkan diri dan menjawab soalan itu.

“Muzik ini universal. Kita mempertaruhkan bakat dan berkongsi bakat. Buat apa kita buka kepada peserta luar kalau kita nak juga peserta kita menang. Persaingan yang sihat bila kita menilai dengan telus dan boleh menjadi satu cabaran dan semangat untuk artis Malaysia belajar.” jelas juri tetap itu.

Dengar itu! Dato’ Siti Nurhaliza yang melihat persembahan Hanbyul pada setiap minggu ternyata sudah terpana melihat bakat yang ada pada penyanyi lelaki itu. Dato’ Siti juga telah ‘melamar’ Hanbyul untuk menyanyikan duet bersamanya tahu pada pentas final semalam. Hebat!

hanbyul menang big stage 2019

Jelas kelihatan yang kemenangan Hanbyul tidak sepatutnya dipertikaikan. Dia menang kerana bakat yang ditunjukkan serta usahanya yang tidak pernah putus daripada minggu awal sehingga ke ahir pertandingan. Tahniah sekali lagi Hanbyul!

Sumber: Twitter, Budiey

Leave a Reply