Ikuti Kami:

Netizen Berasa Risau, Ahn Jaehyun Padam Kesemua Entri Instagramnya

Netizen Berasa Risau, Ahn Jaehyun Padam Kesemua Entri Instagramnya

Umum mengetahui tentang pergolakan rumah tangga di antara pelakon Gu Hyesun dan Ahn Jaehyun. Siapa sangka pasangan yang pernah diangkat sebagai ‘pasangan yang paling padan’ ini kini sedang berperang dengan isu penceraian mereka.

Walaupun pada awalnya, netizen lebih berpihak kepada Gu Hyesun kerana pendedahan mengenai perangai suaminya yang pemalas dan kononnya ‘mengutuk’ putingnya. Tetapi mereka semua mula beralih arah selepas melihat ‘kepelikan’ wanita itu. Ahn Jaehyun hanya mengeluarkan kenyataan sekali sahaja mengenai isu itu dan kini lebih senang mendiamkan diri.

gu hyesun dan ahn jaehyun bercerai

Terbaru, Ahn Jaehyun kelihatan telah memadam semua entri di laman Instagramnya dan membiarkannya kosong sahaja. Walaupun sebelum ini, lelaki itu rajin mengemaskini akaunnya itu bagi memaklumkan apa-apa jadual seninya kepada peminat tetapi tidak lagi kini.

ahn jaehyun padam kesemua entri instagramnya

Netizen risau apabila melihat tindakannya itu kerana pada entri terakhir yang dimuat naiknya, dia telah meluahkan rasa keliru dan sedih dengan permergian Sulli yang juga merupakan kenalan rapatnya. Dia turut mendedahkan bahawa dia sedang mengambil ubat bagi membantu kondisinya.

ahn jaehyun komen sulli bunuh diri

Rata-rata peminat melahirkan rasa kasihan dengan pelakon lelaki itu yang terpaksa melalui pelbagai dugaan daripada kes penceraian sehinggalah kehilangan kenalan baiknya.

“Dia mungkin menerima pelbagai komen penuh kebencian. Saya rasa kesian…”

“Apabila saya membaca komen yang di Instagramnya…. Akaunnya bukan tong sampah di mana orang ramai boleh meninggalkan komen beremosi. Mereka meninggalkan komen membandingkannya dengan bekas teman lelaki mereka. Mereka semua gila.”

“Bertabah, Ahn Jaehyun.”

“Saya risau sekiranya Ah Jaehyun berasa ingin mati.”

“Tindakan yang bagus. Mungkin lebih baik dia tidak melayan media sosial dan hanya fokus kepada kerjanya buat masa ini… Bertabah Ahn Jaehyun. Fighting!”

Meskipun, tindakan lelaki itu kelihatan sedikit drastik tetapi mungkin ini adalah jalan terbaik untuk menjauhkan dirinya daripada perkara negatif. Dia juga sedang sibuk dengan penggambaran drama “People With Flaws”, jadi konsentrasinya tidak seharusnya diganggu.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...