Ikuti Kami:

NCT127 Belajar Tarian Tradisional Indonesia ‘Tari Saman’!

NCT127 Belajar Tarian Tradisional Indonesia ‘Tari Saman’!

Kalau anda peminat kumpulan idola NCT, pasti anda tahu bahawa mereka sering memuat naik video mengenai kehidupan mereka saban minggu untuk tatapan peminat.

Terbaru, kumpulan NCT127 telah memuat naik satu video baru di laman Youtube rasmi kumpulan itu iaitu NCT DAILY dan telah membawa para peminat mengikuti perjalanan mereka di Indonesia. Bukan sahaja ke sana untuk menyudahkan persembahan bahkan ahli kumpulan itu turut meluangkan masa untuk mempelajari tarian tradisional di Indonesia iaitu ‘Tari Saman’. Tarian ini yang sering dipersembahkan semasa sambutan dan NCT127 telah mempelajarinya dengan guru tarian tempatan iaitu Cik Li.

nct127 belajar tarian tari saman di indonesia

Kelas tersebut bermula dengan perkenalan ringkas mengenai tarian ‘Tari Saman’ dan kesemua ahli kumpulan itu mengikuti kelas tarian itu dengan semangatnya. Sepanjang pelajaran itu berlangsung, mereka turut menyanyi kepada muzik yang dimainkan dan turut mengikuti segala gerak tari yang diajar kepada mereka.

Kemudiannya, bagi menghangatkan lagi kelas itu, Cik Li telah mencadangkan supaya mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dan bertanding siapa yang lebih cekap. Kumpulan A dianggotai oleh Yuta, Jaehyun, Doyoung dan Mark manakala kumpulan B pula terdiri daripada Haechan, Johnny, Taeil dan Taeyong.

nct127 belajar tarian tari saman di indonesia

nct127 belajar tarian tari saman di indonesia

Kedua-dua kumpulan telah memberikan persembahan yang terbaik dan guru tarian, Cik Li juga kagum melihat mereka. Dalam ramai-ramai itu, Johnny telah dipilih sebagai penari yang paling best! Manakala Haechan pula dipilih sebagai penari yang paling teruk.

nct127 belajar tarian tari saman di indonesia

Bagi menghargai kemenangan Johnny itu, dia telah dihadiahkan satu snek popular di Indonesia dan mendapat peluang untuk mencuba pakaian tradisional tempatan. Kacaknya Johnny!

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...