Ikuti Kami:

Nampak Muda, Tapi Rupanya Jung Manbok Dalam ‘Crash Landing On You’ Sudah Berusia 50 Tahun!

Nampak Muda, Tapi Rupanya Jung Manbok Dalam ‘Crash Landing On You’ Sudah Berusia 50 Tahun!

Mesti ramai peminat K-Drama sekarang ini yang dah tersangkut habis dengan “Crash Landing On You” kan? Dah hampir ke penghujungnya, semakin ramai yang tak sabar nak saksikan perkembangan hubungan Ri Junghyuk dan Yoon Seri. Macam-macam halangan yang dilalui oleh pasangan ini sehinggakan para penonton pun turut sakit sekali bersama mereka.

hyunbin dan son yejin crash landing on you

Walaupun ramai yang memberi fokus kepada watak utama yang dilakonkan oleh Hyunbin dan Son Yejin, tetapi sebenarnya barisan pelakon sampingan naskhah melodrama itu turut menambah perisa yang cukup bagi menyedapkan lagi “Crash Landing On You”.

Antara pelakon yang turut memainkan peranan penting dalam drama ini ialah Kim youngmin yang membawa wwtak Jeong Manbok. Meskipun hanya watak sampingan, tetapi kisahnya merupakan antara plot penting dalam binaan cerita penuh “Crash Landing On You”.

kim youngmin crash landing on you

Tapi tak disangka bahawa sebenarnya lelaki ini sudah pun menjangkau usia 50-an! Mungkin disebabkan dia kelihatan muda dan gagah, kesemua penonton tak sangka yang dia dah berumur sebegitu. Selain itu, rata-rata watak yang dibawanya dalam naskhah sebelum ini juga tidak menunjukkan umur sebenarnya. Antara drama yang pernah disertainya ialah “My Mister”, “Save Me 2”, “My Dear Enemy”, “Perfect Game” dan banyak lagi.

kim youngmin crash landing on you

Patutlah boleh lakonkan watak yang lagi muda daripada usianya! Lihatlah saja mukanya yang bersih dan tampan, badan pun sasa. Entah-entah ramai yang ingat Kim Youngmin baru sahaja berusia lewat 30-an.

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...