Ikuti Kami:

Nak Join Geng Seluar Dalam Merah, Penonton Puji Gelagat Kelakar Somin Dalam Episod Terbaru ‘Running Man’!

Nak Join Geng Seluar Dalam Merah, Penonton Puji Gelagat Kelakar Somin Dalam Episod Terbaru ‘Running Man’!

Perangai gila Jun Somin ini memang tak boleh dibawa main! Ada sahaja gelagat kelakar yang akan dilakukannya pada saban episod “Running Man”. Kadang-kadang kita pun tak boleh nak agak apa yang akan dilakukannya. Betul-betul sesuai dengan panggilan ‘si gila Somin’.

Walaupun baru sertai program hiburan itu sejak 2017, tetapi dia berjaya masuk dengan semua ahlinya dalam sekelip mata sahaja. Mungkin sebab sikapnya yang tak malu langsung dan main serbu sahaja! Jadi mereka semua cepat ‘kamceng’!

jun somin

Sikap rawaknya memang tak boleh dibendung langsung! Lihat sajalah dalam episod “Running Man” baru-baru ini. Ada sahaja perangai lucu Somin yang buat penonton tak kering gusi. Tambahan lagi apabila kesemua abang-abangnya mula menayangkan seluar dalam mereka yang berwarna merah bagi membuktikan mereka beruntung untuk tahun ini!

running man

running man

Bermula dengan Haha dan Kwangsoo yang berbangga kerana memakai warna yang sama. Sechan juga tak terlepas daripada masuk sekali dalam kumpulan ‘seluar dalam merah’! Walaupun merupakan pelakon wanita, Somin tak segan langsung nak join juga kumpulan tersebut dan cuba menayangkan seluar dalam yang dipakainya tetapi berjaya dihalang oleh Kwangsoo. Nasib baik!

running man

Rupanya, Jaesuk buat surprise kerana dia juga sebenarnya menyarungkan seluar dalam berwarna merah ketika itu. Lagi sekali mereka berparti namun sempat menolak Somin daripada mendedahkan seluar dalamnya, kalau tidak habislah terpaksa potong babak itu.

running man

Rata-rata netizen yang menonton episod itu memang gelak sakan melihatkan perangai ‘masuk air’ Somin itu. Bahkan ramai yang memuji wanita itu sebagai penambah perisa kepada rancangan itu selepas dia menyertai sebagai ahli tetap.

Apabila si abang-abang jerit ‘Jangan!!’. Lawak gila!

 

Somin memang benar-benar gila.

 

Apabila ahli lain terkejut dan cuba mengahalangnya adalah babak yang paling lawak!

 

Adakah mereka beli seluar dalam merah secara borong? Hahahahaha!

 

Somin adlah sangat comel apabila dia sentiasa cuba sertai sekali apa-apa abangnya sedang buat.

 

Somin comel, abang-abang yang cuba halang pun comel!

Mereka juga memuji Somin yang cepat berfikir ketika misi ‘pilih bahan Bibimbap’. Mulanya mereka menggunakan taktik berdiri secara tiba-tiba dan berlari setempat bagi memberi amaran kepada Haha supaya meletakkan jumlah yang sedikit untuk bahan tertentu, namun ‘trick’ mereka itu berjaya dihidu oleh pihak produksi lantas mereka tidak dibenarkan bangun langsung.

Tetapi Somin tidak mengalah dan sanggup korbankan dirinya dengan berpura-pura jatuh selain berdesup lari ke tandas bagi memberi klu kepada Haha mengenai jumlah yang perlu diletakkan dalam juadah tersebut. Pandai!

Apabila Somin jatuhkan dirinya dan berlari ke tandas semasa misi bahan ‘bibimbap’ adalah sangat kelakar.

 

Dia sangat tangkas, tiba-tiba jatuh dan dalam masa 5 saat tiba-tiba dia lari ke tandas hahaha! Ketika dia bergaduh dengan Kwangsoo pun, semua babak Jun Somin adalah lawak!

Nampaknya ramai yang sukakan Jun Somin yang rawak dan tidak boleh dijangka itu! Bagi penonton setia “Running Man”, wanita itu tidak segan langsung untuk korbankan imejnya bagi memberikan hiburan kepada semua orang. Cayalah Somin!

Sumber: theqoo, Naver TV, SBS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...