Ikuti Kami:

“Nak Boyfriend Korea Satu”- Video Gadis M’sia Dating Dengan Oppa Korea Raih 500,000 Tontonan Dalam 3 Hari

“Nak Boyfriend Korea Satu”- Video Gadis M’sia Dating Dengan Oppa Korea Raih 500,000 Tontonan Dalam 3 Hari

Kalau anda perasan, sejak fenomena Korean Wave mula melanda Malaysia, kita semakin terdedah dengan budaya dan kehidupan orang Korea. Bahkan semakin banyak pasangan yang lahir daripada gabungan dua negara Asia ini seperti Khalid dan Iseul, Ryzal dan Narae, dan ramai lagi.

Terbaru, saluran Youtube yang dikendalikan oleh tiga gadis Korea iaitu ‘Blimey’ telah memuat naik satu video panjang di mana mereka merakamkan sesi temu janji di antara seorang pelajar Malaysia dan seorang ‘oppa’ kacak.

Syasya (22) yang kini sedang belajar di Kyunghee University dalam jurusan Bahasa & Kesusasteraan Korea telah dibawa untuk melalui pengalaman ‘berdating’ dengan lelaki Korea iaitu Yoo Dong-kyun (24). Excitednya!

Kedua mereka dilihat banyak menghabiskan waktu dengan mengenali dengan lebih dekat diri masing-masing, bermain pelbagai permainan selain turut berkongsi citarasa muzik dengan satu sama lain.

Bahkan personaliti Dong-kyun yang sangat bertimbang rasa kerana memilih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris demi keselesaan Syasya juga membuatkan hati ramai wanita yang berdebar-debar. Lelaki itu juga kelihatan sangat berminat dengan budaya orang Malaysia selain turut menunjukkan rasa ingin tahu tentang hijab dan agama Islam.

gadis malaysia dating lelaki korea

Melihatkan ‘date’ mereka yang sangat menyeronokkan itu nampaknya berjaya membuka pintu hati wanita Malaysia untuk mempertimbangkan kemungkinan untuk bercinta dengan lelaki Korea pada masa hadapan. Fuhh!

gadis malaysia dating lelaki korea gadis malaysia dating lelaki korea gadis malaysia dating lelaki korea gadis malaysia dating lelaki korea gadis malaysia dating lelaki korea gadis malaysia dating lelaki korea

Jangan main-main tahu sebab walaupun baru sahaja 3 hari dimuat naik, video Syasya dan Dong-kyun ini telah meraih lebih 500,000 tontonan. Sampai trending di tangga ke-4 di Youtube Malaysia tahu!

Mesti ramai yang dah berangan lepas tonton ‘blind date’ mereka kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...