Ikuti Kami:

MV Lagu ‘Stay With Me’ Untuk ‘Goblin’ Jadi Runut Bunyi K-Drama Pertama Raih 200 Juta Tontonan!

MV Lagu ‘Stay With Me’ Untuk ‘Goblin’ Jadi Runut Bunyi K-Drama Pertama Raih 200 Juta Tontonan!

Memang tak hairanlah drama Korea menjadi kegemaran ramai di serata dunia. Mungkin juga kerana plot ceritanya yang unik dan di luar kotak sehingga membuatkan semua penonton mesti terbayang bagaimana penulis skrip boleh mendapat idea yang hebat sebegitu. Lakonan pelakonnya yang mantap juga berjaya membuatkan penonton tidak lepas pandang kaca televisyen sepanjang ia ditayangkan.

Tak dinafikan muzik latar yang dipilih untuk sesuatu drama juga memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan emosi ketika menyaksikan perkembangan sesuatu babak itu. Sekiranya momen yang sedih diiringi pula dengan alunan muzik yang mendayu, sudah pasti penonton akan menitiskan air mata ketika melihat adegan tersebut.

Drama “Goblin” merupakan salah satu naskhah fantasi romantik yang menjadi kegilaan ramai pada tahun 2017. Bayangkan penonton yang tak pernah tengok drama Korea pun mula tergilakan genre ini selepas menonton naskhah lakonan Gong Yoo dan Kim Goeun tersebut. Membawa kisah cinta di antara seorang gadis dan goblin yang mahu menamatkan kehidupannya yang tiada penghujung itu.

drama goblin

Peminat setia drama ini pasti kenal dengan runut bunyi drama tersebut iaitu “Stay With Me”. Didendangkan oleh penyanyi solo Punch dan salah seorang ahli kumpulan EXO iaitu Chanyeol, lagu ini memang menjadi kegilaan ramai sehinggalah ke hari ini meskipun drama itu sudah lama tamat.

Punyalah hebat penangan lagu ini sehinggakan ianya menjadi lagu runut bunyi pertama K-Drama yang berjaya melepasi tontonan sebanyak 200 juta di laman penstriman Youtube! Rekod itu berjaya diraih pada 28 Mac ini.

Siapa yang dah rindu “Goblin”, bolehlah dengarkan runut bunyi “Stay With Me” ini!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...