Ikuti Kami:

Muat Naik Topeng Putera Ke-4, Lee Junki Beri ‘Hint’ Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo Musim Ke-2?

Muat Naik Topeng Putera Ke-4, Lee Junki Beri ‘Hint’ Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo Musim Ke-2?

Siapa yang merindui drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo yang ditayangkan 3 tahun lepas? Drama yang menyentuh hati itu membuatkan hati penonton gusar dan tak tidur lena kerana pengakhiran cerita itu yang seperti tergantung dan tidak selesai. Lakonan berkesan teraju utamanya iaitu Lee Junki, IU, Kang Haneul, Hong Jonghyun, Baekhyun (EXO), Jisoo dan ramai lagi membuatkan drama itu lebih mendebarkan.

Seperti yang diketahui, drama ini mengisahkan tentang Go Hajin iaitu seorang wanita moden berusia 25 tahun yang tanpa sengaja telah tercampak kembali ke Dinasti Goryeo semasa kejadian gerhana matahari. Dia bangun pada tahun 941 dalam badan wanita lain yang bernama Haesoo (IU). Pada mulanya dia jatuh hati dengan Putera ke-8, Putera Wangwook (Kang Haneul) kerana kelembutan dan sifatnya yang baik hati.  Namun mula berubah arah kepada Putera ke-4 iaitu Putera Wangso (Lee Junki) yang berselindung di sebalik topeng dan digeruni oleh orang ramai kerana kebengisannya. Semakin terjerumus dalam kisah ini, Haesoo terperangkap dalam persengketaan dan isu politik di antara kesemua putera yang sedang merebut takhta di istana itu.

moon lover: scarlet heart ryeo musim kedua

Menurut khabar angin yang bertiup semasa cerita itu ditayangkan, ada yang mengatakan bahawa watak-watak utama itu akan kembali ke zaman moden dan kisah mereka akan bersambung di situ. Tetapi kesemua penonton terkejut melihat pengakhiran drama itu apabila Haesoo mati meninggalkan anaknya bersama Putera Wangso di Dinasti Goryeo dan kembali ke zaman moden seorang diri.

moon lovers: scarlet heart ryeo musim kedua

Rata-rata penonton mahukan musim kedua untuk drama ini kerana tidak berpuas hati dengan kesudahannya. Jangan terperanjat kerana baru-baru ini Lee Junki telah memuat naik satu entri di laman Instagramnya di mana dia seolah-olah memberi ‘hint’ tentang musim kedua drama itu.

 

 

View this post on Instagram

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...