Ikuti Kami:

MOMOLAND JooE Ditangkap Keluar Dating?

MOMOLAND JooE Ditangkap Keluar Dating?

Pasti ramai yang kenal dengan kumpulan K-Pop MOMOLAND yang mula mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas lagu mereka iaitu ‘BBoom BBoom’ meletup di sini. Salah seorang ahli kumpulannya itu, JooE turut menjadi tumpuan ramai selepas video iklannya untuk minuman ringan jenama ‘Fanta’ tular di Korea.

Sentiasa diperhatikan orang awam kerana populariti mereka, kalau berjalan di tempat awam pun pasti menarik perhatian orang ramai.

Terbaru, ada khabar angin yang bertiup mengatakan bahawa JooE telah ditangkap keluar dating bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam gambar yang tular di satu forum komuniti di Korea itu, dapat dilihat JooE sedang berjalan dengan seorang lelaki sambil melingkari tangannya pada lengan lelaki itu.

jooe bercinta

Selepas habis semua peminat menjadi tak tentu arah apabila melihat gambar itu, syarikat MOMOLAND iaitu MLD Entertainment telah tampil dan memberikan kenyataan berkenaan hal itu.

Agensi itu mendedahkan “Selepas menanyakan hal itu kepada JooE, dia menjelaskan bahawa lelaki itu merupakan rakan lamanya dan mereka telah berkawan hampir 10 tahun. Pada ketika itu, dia menemani rakannya itu untuk membeli peralatan audio.”

Mereka menambah bahawa saman akan dikenakan kepada individu yang telah memuat naik gambar itu kerana bertujuan untuk merosakkan nama baik JooE. Selain itu, agensi MOMOLAND akan menyaman sesiapa sahaja yang meninggalkan komen berunsur jahat terhadap gadis itu.

Jadi peminat semua boleh bertenang sebab lelaki itu kawan baik JooE sahaja. Biasalah artis K-Pop pun ada kawan dalam kalangan orang biasa, cuma peminat sahaja yang tidak tahu.

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...