Mohon Maaf Kerana ‘Over’, ARMY Berusia 50 Tahun Ini Dalam Usaha Ingin Menyerahkan Trofi Kepada BTS

mastura jamil abpbh 32 bts army

Anda tahukan kontroversi yang menyelubungi kemenangan BTS untuk anugerah kategori ‘Artis Korea Popular’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-32? Ramai yang mempertikaikan keperluan anugerah untuk artis antarabangsa sedangkan masih ramai lagi artis tempatan yang tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Selain itu, kebanyakan netizen turut menghencap wakil pihak BTS iaitu seorang ARMY yang dikatakan ‘over’ dan tidak berpakaian sesuai dengan majlis.

Terbaru, wakil ARMY yang dikenali sebagai Mastura Jamil itu telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab persoalan sesetengah netizen mengenai partisipasinya dalam acara itu.

“Pada awalnya saya hanya datang sebagai penyokong, sehinggalah BTS diumumkan sebagai pemenang dan wakil “Berita Harian” meminta saya naik ke pentas untuk menerima trofi.

“Memang saya tak buat apa-apa persiapan, baik ucapan mahupun pakaian. Mungkin kerana terlalu teruja sampaikan nampak macam ‘over’ pula. Iyalah, siapa yang tak excited apabila penyanyi kesayangan menang sesuatu anugerah.”

bts army masturah jamil abpbh

Wanita berusia 50 tahun itu juga menyedari yang perlakuannya semasa menerima anugerah itu menimbulkan rasa kurang senang para netizen lantas dia ingin memohon maaf. Dia juga menambah yang dia tidak ambil hati dengan kecaman yang dilemparkan oleh orang ramai mengenai cara pemakaiannya semasa di acara itu.

“Lantaklah orang nak kata apa pun, niat saya pada waktu itu hanya naik atas pentas untuk ambil trofi bagi pihak BTS.

bts mastura jamil army abpbh

“Ada juga ahli Army yang lain tanya kenapa saya tak bersiap sedia dengan ucapan dan pakaian sebagainya… saya terangkan semula saya datang sebagai penyokong dan tak sangka akan jadi wakil untuk naik pentas.

“Biarlah orang nak troll sekalipun, yang penting kami semua enjoy di sana dan datang untuk sokong BTS,” katanya yang mula meminati kumpulan K-Pop popular ini melalui anaknya.

Mastura juga menambah yang dia tidak merasakan ABPBH cuba menumpang populariti BTS dengan menambah kategori ‘Artis Korea Popular’ itu. Baginya, muzik itu bersifat universal jadi tak salah sekiranya anugerah itu membuka penyertaan bagi artis dari luar negara.

bts army abpbh artis korea popular

“Setiap orang mungkin ada pandangan tersendiri, tapi bagi saya tak salah BH menyertakan kategori penyanyi luar kerana muzik ini luas.

“Kalau kita lihat, stesen radio pun ada carta lagu membabitkan penyanyi K-Pop yang mana peminat perlu mengundi bagi memastikan penyanyi kesayangan mereka kekal.

“Jadi sama sahaja seperti ABPBH, mereka mengikut perkembangan semasa dan tiada istilah menumpang populariti mana-mana pihak. Itu pandangan sayalah!,” jelasnya lagi.

Wanita itu mendedahkan bahawa trofi kemenangan akan dipos kepada pihak pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertainment di Korea dalam masa terdekat. Dia juga sudah berbincang dengan beberapa wakil ARMY Malaysia yang lain mengenai hal penghantaran itu.

Sumber: mStar

2 KOMEN

  1. Adoiiilaaa..korg ni agak agak la,buat sesuatu bnda jgn nk batch someone..sbb ia dpt mnyebbkn Org lain X puas hty..igt jgn kutuk Org X kira la dorg Org Korea or Org negara mne ii pon..hormat je la..xyh nk sdp sdp kutuk Org,korg pon bukn nye perfect pon

Leave a Reply