Ikuti Kami:

Mesej Digodam! Jang Donggun, Hyunbin, Lee Jungjae, Jung Woosung, Song Seunghun Kantoi Langgan Pelacur

Mesej Digodam! Jang Donggun, Hyunbin, Lee Jungjae, Jung Woosung, Song Seunghun Kantoi Langgan Pelacur

Baru-baru ini, dunia hiburan Korea digemparkan dengan satu jenayah penggodaman secara besar-besaran dalam kalangan selebriti. Para selebriti ini dikatakan telah menerima ugutan daripada seorang penggodam yang dipanggil “Penggodam Hitam” dan dia meminta sejumlah wang daripada mangsanya sekiranya tidak mahu mesej, gambar dan video peribadi mereka disebarkan ke serata internet. Dengar cerita seorang idola terkenal telah memberikan jumlah wang yang diminta dengan harapan agar satu video peribadinya tidak dimuat naik untuk tontonan umum.

Walaubagaimanapun, pelakon Joo Jinmo tidak tunduk dengan ugutan penggodam itu lantas melaporkan jenayah tersebut kepada pihak berkuasa supaya penjahat tersebut dapat diberkas. Namun, usaha itu dikatakan agak sukar kerana suspek disyaki bukanlah berasal daripada Korea dan menyulitkan usaha penangkapan. Disebabkan tidak menurut arahan, penggodam licik itu telah menyebarkan beberapa mesej peribadi pelakon lelaki itu bersama rakan pelakon yang lain di internet dan para netizen nyata terkejut dengan isi perbualan mereka.

joo jinmojang donggun curang

Keratan mesej di antara Joo Jinmo dan rakan baiknya iaitu Jang Donggun tersebut dikatakan berlaku pada tahun 2013-2014. Rata-rata perbualan mereka adalah berkisar tentang berhubung dengan wanita cantik di kelab dan bar selain turut bertukar gambar wanita cantik yang seksi. Netizen tidak mengarahkan kemarahan mereka kepada Joo Jinmo sangat kerana lelaki itu masih bujang pada ketika itu tetapi mereka berasa marah terhadap Jang Donggun kerana pelakon itu tergamak mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain walhal isterinya, pelakon Go Soyoung sedang mengandungkan anak kedua mereka pada masa itu.

jang donggun dan go soyoung

Antara nama selebriti lain yang terdapat di dalam beberapa keratan mesej Joo Jinmo dan Jang Donggun ialah Hyunbin, Song Seunghun, Lee Jungjae dan Jung Woosung. Netizen turut mengesyaki para pelakon popular ini terlibat dengan perbuatan memalukan tersebut kerana nama mereka disebut sebagai antara rakan lepak mereka. Tambahan pula, Lee Jungjae dan Jung Woosung dikatakan turut sering berada di kelab yang sama di mana premis tersebut menyediakan ‘perkhidmatan istimewa’ sehingga menggelarkan bahawa itu adalah ‘rumah kedua’ mereka.

hyunbin, jung woosung, lee jungjae, song seungheon

joo jinmo dan jang donggun melacur

Netizen nyata kecewa dengan para selebriti ini kerana tidak menghormati para wanita kerana perkataan yang digunakan mereka untuk menggambarkan para wanita tersebut adalah sangat tidak sensitif. Bahkan mereka mengutuk perbuatan Jang Donggun yang sanggup tidur dengan perempuan lain walaupun sudah mempunyai isteri yang sempurna.

“Ini bukanlah hanya kes dia berhubungan dengan ramai wanita, dia selalu menggunakan khidmat pelacuran… Dia berurusan dengan wanita seperti mereka adalah produk. Mesej perbualan mereka adalah sangat murah, tiada kelas dan menjijikkan… Gambar perempuan berpakaian terdedah dengan bikini… Saya tidak boleh bayangkan sekiranya saya mendapat tahu suami saya berperangai sebegini.”

“Wow, semasa Go Soyoung sedang hamil pulak tu. Jang Donggun bercakap seolah-olah wanita hanyalah seperti produk seks kepadanya. Mesti susah Hyunbin nak berlakon naif dalam drama padahal dia kotor seperti ini dalam realitinya. Kesian anak-anak Go Soyoung, mesti khabar angin ini dah tersebar di sekolah mereka.”

“Mereka cakap Lee Jungjae dan Jung Woosung dah seperti tinggal di rumah pelacuran tersebut. Jijik! Patutlah mereka tidak berkahwin sehingga sekarang. Song Seunghun pun sama.”

“Jang Donggun berjaya kekalkan imej yang bersih daripada awal kemunculannya tanpa sebarang skandal tetapi kini dia hilang semuanya. Kenapa awak nak berjumpa dengan perempuan lain sedangkan awak tinggal dengan wanita seperti Go Soyoung?”

“Kesiannya isteri mereka semua…”

Namun begitu, agensi naungan para pelakon popular ini masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai pendedahan mengejutkan ini. Sama-sama kita nantikan kemas kini seterusnya.

Sumber: Naver, Netizenbuzz (1)(2)(3)(4)

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...