Menggemparkan! Teman Wanita Sedang Hamil, Chen EXO Umum Bakal Berkahwin

chen exo

Biasanya idola K-Pop pasti akan merahsiakan hubungan cinta mereka daripada orang ramai. Mungkin kerana mahu menjaga imej mereka sebagai teman wanita atau pun teman lelaki kepada peminat fanatik. Agak mengejutkan sekiranya seseorang idola itu mengumumkan bahawa idola pujaannya sedang mempunyai kekasih, lagi terperanjat sekiranya dia mengaku akan berkahwin!

Inilah yang berlaku kepada Chen atau pun Kim Jongdae daripada kumpulan popular EXO. Lelaki yang turut popular sebagai penyanyi solo ini telah melepaskan satu ‘bom’ kepada semua orang dan memaklumkan bahawa dia bakal berkahwin tidak lama lagi menerusi laman komuniti peminat EXO!

chen exo kahwin

Syarikt naungan EXO iaitu SM Entertainment juga mengesahkan bahawa penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan seorang wanita bukan selebriti.

“Chen telah berjumpa dengan seseorang yang sangat bermakna dalam hidupnya dan mereka bakal berkahwin. Pengantin perempuannya bukanlah seorang selebriti dan majlis perkahwinan mereka bakal diadakan secara senyap bersama ahli keluarga terdekat sahaja. Chen akan terus bekerja keras sebagai seorang artis dan kami berharap agar semua orang dapat memberikan restu dan ucapan tahniah kepadanya.”

chen exo kahwin

Satu sumber daripada SM Entertainment juga menyampaikan bahawa teman wanita Chen kini sedang mengandung. “Memang benar bakal isteri Chen sedang hamil.” Tetapi disebabkan dia bukan figura terkenal, mereka tidak dapat mendedahkan sejauh mana usia kandungan tersebut dan hal-hal berkaitan dengannya.

Dalam surat peribadi garapan Chen yang ditujukan kepada para peminat, dia menyatakan bahwa dia juga terkejut dengan tuah yang sampai dengan tiba-tiba. “Saya sudah lama berbincang dengan agensi dan juga rakan EXO yang lain supaya saya dapat mengumumkan hal ini sedikit awal agar kalian tidak terkejut. Kemudian, satu tuah tiba. Saya juga terkejut kerana tidak menjalankan apa yang telah dirancang bersama ahli lain dan juga syarikat, tetapi tuah ini memberikan saya banyak kekuatan.”

Tahniah kepada Chen dan pasangannya!

Sumber: Soompi

3 KOMEN

Leave a Reply