Ikuti Kami:

Mengejutkan! Netizen Pernah Komen Jahat Pada Sulli Tidak Menyesal Dengan Perbuatan Mereka

Mengejutkan! Netizen Pernah Komen Jahat Pada Sulli Tidak Menyesal Dengan Perbuatan Mereka

Pasti anda masih tak lupa lagi mengenai kisah sedih yang berlaku pada artis terkenal di Korea iaitu Sulli? Gadis yang baru berusia 25 tahun itu telah nekad mengambil nyawanya sendiri di kediamannya. Pernah mengakui bahawa dia mempunyai masalah kebimbangan serius dan serangan panik, ada yang menebak dia mengambil keputusan drastik itu kerana tidak tahan dengan tohmahan netizen yang lancang.

Disebabkan kejadian ini, ramai yang menunding jari kepada netizen yang sering meninggalkan komen buruk dan penuh kebencian pada Sulli. Baru-baru ini, sebuah rancangan di saluran SBS iaitu “Unanswered Questions” telah menjalankan satu siasatan di sebalik kematian selebriti ini. Mereka mengorek dengan lebih dalam bagi mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan Sulli tekad membunuh diri.

netizen tinggalkan komen buruk tentang sulli tidak menyesal dengan perbuatannya

Walaupun rancangan itu baru mengeluarkan sedutan pendek, tetapi ia sudah cukup untuk menimbulkan kemarahan para peminat dan juga orang ramai. Ini kerana, apabila seorang wartawan telah berjumpa dengan beberapa netizen yang pernah meninggalkan komen buruk kepada Sulli secara atas talian, mereka langsung tidak menunjukkan sedikit pun penyesalan terhadap perbuatan itu. Antara komen yang diberikan mereka ialah, “Saya tak rasa dia terseksa disebabkan oleh komen mengenai gangguan seksual.”

netizen tinggalkan komen buruk tentang sulli tidak menyesal dengan perbuatannya

Salah seorang lagi daripada individu yang ditemubual bertegas dan mengatakan, “Ia bukannya komen penuh kebencian. Saya tak suruh dia bunuh diri dan saya tak kisah pun dia dah mati.”

Ramai yang melihatkan sedutan ini berasa terkejut apabila menyaksikan beberapa individu ini yang langsung tak rasa bersalah dengan tindakan tidak sensitif mereka. Nampaknya, walaupun ada yang sudah mati pun, mereka masih lagi tidak berubah.

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...