Ikuti Kami:

Mengangkat Tema Kekeluargaan & Persahabatan, Siri ‘Reply’ Mana Merupakan Kegemaran Anda?

Mengangkat Tema Kekeluargaan & Persahabatan, Siri ‘Reply’ Mana Merupakan Kegemaran Anda?

Peminat K-Drama mesti tahu tentang drama bersiri “Reply” kan? Walaupun menaruhkan jalan cerita pada tahun 80-an dan 90-an, ternyata ramai netizen Korea yang jatuh hati dengan konsepnya. Malahan penonton daripada negara lain yang tidak pernah mengalami langsung tentang zaman tersebut turut meminati rangkaian drama ini. Mungkin juga kerana tema kekeluargaan dan persahabatan yang kuat dalam naskhah ini menyebabkan ramai yang merasa ia dekat dengan hati mereka.

drama reply

Semua pasti tahu bahawa drama “Reply” ini mempunyai 3 siri. Sesiapa yang menonton siri pertamanya pasti tidak akan terlepas untuk menonton siri yang berikutnya. Bahkan kalau anda tidak mula menonton daripada siri pertamanya pun tidak apa kerana setiap siri ini boleh difahami dan berdiri dengan sendirinya.

Meskipun siri ini dihasilkan di bawah jenama yang sama “Reply” tetapi setiap daripadanya dibarisi teraju utama yang berbeza serta plot yang sedikit berlainan. So siri yang mana menjadi pilihan hati anda?

Musim 1: Reply 1997

reply 1997

Mengambil tempat pada tahun 90-an, drama ini berkisar tentang seorang pelajar sekolah menengah iaitu Shiwon yang tergila-gilakan kumpulan idola lelaki H.O.T. dan juga lima rakannya yang lain. Drama ini berulang alik daripada babak masa lepas pada tahun 1997 dan babak masa kini iaitu pada tahun 2012 semasa mereka di parti reunion.

Musim 2: Reply 1994

reply 1994

Dilakonkan dalam tahun 1994, 6 pelajar universiti daripada pelbagai daerah perkampungan telah tinggal bersama di asrama di Sinchon, Seoul. Asrama itu diuruskan oleh satu pasangan tua dengan anak perempuan mereka yang bernama Najung. Garis masa ini mengambil tempat pada tahun 1994 dan juga 2013 sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah antara teraju lelaki drama itu yang bakal menjadi suami Najung. Mengambil inspirasi daripada kejadian sebenar pada tahun 1994, drama ini turut membawa masuk kegilaan remaja pada masa itu iaitu kumpulan ‘Seo Taiji and Boys’ selain perihal Liga Bola Keranjang Korea yang menjadi isu pada tahun tersebut.

Musim 3: Reply 1988

reply 1988

Berlatar belakangkan 1988, siri ini membawa kisah lima sekawan dan keluarga mereka yang tinggal bersama dalam kejiranan Ssangmun-dong di daerah Dobong. Kesemua remaja ini sentiasa berharapa antara satu sama lain dalam menelusuri zaman remaja mereka selain bertungkus-lumus bagi menentukan arah masa depan mereka. Deoksun salah satunya gadis dalam kumpulan kawan tersebut sentiasa terseksa kerana kurang mendapat perhatian daripada keluarganya sendiri selain berada di tempat tercorot dalam tangga akademik di sekolahnya. Manakala Junghwan pula hanya kisahkan tentang minatnya pada sukan bola sepak meskipun keluarganya menjadi orang kaya baru dalam masa satu malam sahaja. Watak lelaki utama yang lain ialah Choi Taek yang mempunyai kemahiran hebat dalam sukan Baduk sehingga sanggup berhenti sekolah untuk meneruskan tersebut secara profesional.

Selalunya apabila satu projek itu mempunyai pelbagai sekuel, sudah pasti ia tidak akan mendapat sambutan sangat. Tapi tidak bagi siri “Reply” ini kerana kesemua rangkaiannya berjaya merekodkan rating yang tinggi. Bahkan ramai sudah tertanya-tanya bilakan siri ke-4 bakal ke udara pula. Hebat betul!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...