Ikuti Kami:

Membanggakan! Taeyeon Girls’ Generation Menang ‘Daesang’ Pertamanya Sebagai Penyanyi Solo

Membanggakan! Taeyeon Girls’ Generation Menang ‘Daesang’ Pertamanya Sebagai Penyanyi Solo

Biasanya anugerah festival muzik di Korea sering didominasi oleh idola sahaja. Anugerah paling hebat biasanya akan dikaut oleh mereka pada saban tahun. Antara kumpulan-kumpulan yang sinonim dengan anugerah hebat ini ialah EXO, TWICE, BTS dan banyak lagi!

Mengejutkan apabila pada “29th Seoul Music Awards” yang dianjurkan pada malam kelmarin telah melakar momen bersejarah apabila Taeyeon daripada kumpulan ‘lejen’ Girls’ Generation berjaya membawa pulang Anugerah Utama bagi kategori Digital. Bukan itu sahaja, dia juga berjaya merangkul trofi bagi kategori Anugerah Runut Bunyi untuk drama popular “Hotel Del Luna” dan juga Anugerah Top 10 untuk lagunya senndiri iaitu “Four Seasons”.

taeyeon menang augerah utama

Bukan sahaja peminat yang terpana, bahkan penyanyi wanita itu sendiri meluahkan reaksi terperanjat selepas namanya diumumkan sebagai pemenang. Kesemua artis di situ turut berdiri dan memberikan tepukan gemuruh kepada Taeyeon. Dah naik atas pentas pun, dia masih lagi kelihatan terpinga-pinga.

Saya betul-betul tak sangka. Saya sedang bersembang dengan ahli Red Velvet… saya sangat terkejut sekarang ini.

Dia juga tak lupa untuk mengucapkan terima kasih selepas melepasi sesi terkejutnya dan menyedari realiti kemenangan membanggakan itu.

Pertama sekali, terima kasih banyak. Saya rasakan seperti ramai lagi artis di sini yang layak menerima anugerah ini. Terima kasih. Saya sangat gementar!

Apabila ditanyakan oleh hos mengenai siapakah yang paling diingatinya sekarang ini, Taeyeon telah berseloroh dan mengatakan bahawa dia patut sebut nama ibunya.

Saya patut sebut nama ibu saya kan? Saya teringatkan kedua ibu bapa saya dan juga ahli (Girls’ Generation) yang lain. Saya secara ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat. Kalian selalu menantikan saya. Disebabkan ramai yang mendengar, saya mampu terus menghasilkan muzik. Terima kasih sejujurnya.

taeyeon

Apabila ditanya mengenai perasaan mendapat Anugerah Utama buat pertama kalinya sebagai artis solo, penyanyi itu dengan rendah dirinya menjawab dan menghargai orang lain.

Ramai komposer yang menghasilkan lagu yang bagus dan saya sangat berterima kasih kepada mereka semua. Saya akan terus berusaha lebih keras. Terima kasih. SONE (nama kelab peminat Girls’ Generation, saya sayang kalian dan terima kasih.

Memang Taeyeon layak memenangi anugerah ini, bakat nyanyiannya tak perlu disangkal lagi. Berapa banyak runut bunyi drama popular yang dinyanyikan olehnya! Tak termasuk pula lagu solonya yang menjadi siulan rakyat Korea dan juga peminat luar negara. Tahniah Taeyeon!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...