Malaysia Tiada Dalam Siri Jelajah Baru BTS, ARMY ‘Demand’ Konsert Di Stadium Bukit Jalil Dengan Kapisiti Lebih 80K!

army mahu konsert bts di malaysia

Selepas berjaya menamatkan konsert jelajah mereka iaitu “Love Yourself” pada tahun lepas, kumpulan popular BTS kini kembali dengan siri jelajah baru bagi menemui kesemua peminat mereka di seluruh dunia dengan persembahan lebih ‘mantop’. Siri kali ini dinamakan sebagai “Map of the Soul”!

Dahlah umum secara tiba-tiba, terkejut semua ARMY dengan berita ini walhal ada segelintir yang boleh ‘bau’ pengumuman ini sejak beberapa hari lepas. Untuk pengumuman pertama ini, mereka telah memasukkan 37 konsert di serata bandar di seluruh dunia. Bermula di Stadium Olimpik di Seoul dan kemudiannya BTS akan ke Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, United Kingdom, Jerman dan Sepanyol.

bts

Menurut syarikat naungan mereka iaitu Big Hit Entertainment, senarai konsert ini hanyalah untuk bandar yang telah memberikan pengesahan kepada mereka. Selepas ini, akan ada lagi pengumuman lain untuk mengumumkan konsert di negara-negara lain pula.

Kalau anda perasan, menerusi poster konsert “Map Of The Soul” ini, tak banyak negara Asia yang disenaraikan. Jadinya ramai peminat mereka di benua ini yang sedih kerana negara mereka tak termasuk sekali dalam siri jelajah kali ini.

bts map of the soul malaysia

Peminat Malaysia nampaknya yang paling sendu sekali kerana mereka sudah lama berharap agar BTS datang mengadakan konsert di sini. Kalau anda nak tahu, sejak mula mengadakan konsert jelajah di luar Korea, kumpulan yang dianggotai 7 ahli itu pernah singgah ke Malaysia pada 2015 sahaja untuk “BTS Live Trilogy In Malaysia – Episode II: The Red Bullet”. Selepas itu, mereka langsung tak datang dah!

bts di malaysia

Pun begitu, ada juga sesetengah ARMY yang tidak mahu BTS datang ke Malaysia kerana risaukan cacian ‘meleis’ di negara ini. Mereka tak mahu idola kegemaran mereka sakit hati apabila mendengarkan ‘mulut puaka’ netizen tempatan yang boleh tahan pedasnya!

Tak kurang juga yang pelik kenapa kerajaan Malaysia tak keluarkan duit untuk bawa BTS ke sini. Kata ARMY, kedatangan mereka ke sini bakal membawa pulangan yang lumayan kerana ramai peminat daripada luar negara akan turut melawat negara ini bagi menonton ‘oppa’ kesayangan mereka.

bts di malaysia

Segelintir ARMY juga meminta penganjur yang bakal membawa BTS ke Malaysia supaya menjadikan Stadium Bukit Jalil dengan kapisiti lebih 80,000 orang sebagai lokasi konsert kumpulan idola itu. Kata mereka, ARMY Malaysia yang ramai pastinya akan berduyun-duyun memenuhi stadium tersebut.

bts di malaysia

Tak pastilah bila BTS akan singgah ke Malaysia. Mungkin mereka akan masukkan Malaysia dalam pengumuman yang akan datang, siapa tahu?

Teruskan berusaha ARMY Malaysia!

Sumber: Soompi

Leave a Reply