Ikuti Kami:

Makan Kecaman Awalnya Kerana Beza Umur Teraju Utama 17 Tahun, ‘Touch’ Kini Dapat Pujian Penonton!

Makan Kecaman Awalnya Kerana Beza Umur Teraju Utama 17 Tahun, ‘Touch’ Kini Dapat Pujian Penonton!

Rasanya sejak kebelakangan ini, semakin banyak pasangan dalam drama Korea mempunyai jarak umur yang agak berbeza. Biasanya yang pelakon lelaki pasti akan lebih tua 10 tahun daripada pasangan heroinnya. Mungkinkah tuntutan watak atau pun sekadar pilihan mengikut populariti, tiada siapa tahu apa yang bermain di benak fikiran pengarah.

Sama juga dengan drama “Touch” yang menampilkan pelakon lelaki popular iaitu Joo Sangwook, berusia 42 tahun dan dipadankan dengan Kim Bora iaitu pelakon muda yang baru sahaja menginjak usia 25 tahun. Bermakna kedua pelakon ini mempunyai jarak usia sebanyak 17 tahun. Wow jauhnya!

drama touch

Sinopsis “Touch”

Seorang jurusolek terkenal yang pentingkan kesempurnaan iaitu Cha Junghyeok (Joo Sangwook) berada di tempat teratas dalam bidang glamor itu. Tapi nampaknya kebahagiaan itu tidak lama apabila dia kini merupakan penganggur dan mempunyai hutang keliling pinggang. Lelaki itu berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar daripada masalah itu.

joo sangwook touch

Han Sooyeon (Kim Bora) pula ialah seorang pelatih idola selama 10 tahun dan dah lelah menantikan kehidupan sebagai seorang selebriti. Antara hidup dan mati, dia mengambil keputusan untuk menyertai sebuah rancangan survival melibatkan idola namun gagal pada pertengahan rancangan. Sesal, gadis itu mula teragak-agak dan mempersoalkan dirinya sama ada inilah kehidupan yang dia mahukan.

kim bora touch

Pertembungan antara Junghyeok dan Sooyeon turut membawa pelanggaran di antara desakan dan takdir. Selepas berjaya menjadi seorang jurusolek kembali, Junghyeok bersetuju untuk mengambil Sooyeon sebagai anak didikannya. Melihatkan kebolehan semula jadi yang dimiliki oleh pembantunya itu, lelaki tersebut gembira untuk berkongsi segala pengetahuan kepadanya. Semakin mereka rapat, mereka mula belajar untuk lepaskan impian lalu dan teruskan kehidupan ke arah mimpi baru bersama-sama.

Terima kritikan netizen pada awalnya

Pada awal tayangan drama “Touch”, ramai netizen yang menyelar pengambilan kedua pelakon ini sebagai pasangan. Beza umur sebanyak 17 tahun terlampau ketara sehingga membuatkan mereka nampak seperti pak cik dan anak saudara. Pelik!

Mereka tak akan ada hubungan romantik kan?

 

Macam ayah sahaja…?

 

Melampaunya jarak umur.

 

drama touch

Reaksi kian positif

10 episod sudah pun menemui para penonton dan rata-ratanya mula memberikan reaksi baik pada saban episod. Ramai yang mula memuji keserasian antara watak Sooyeon dan Junghyeok kini. Kedua-dua watak ini yang sering membantu antara satu sama lain nyata berjaya menyentuh hati penonton.

Ia adalah satu drama yang menghiburkan dan menyentuh perasaan. Saya sedang menontonnya dengan bahagia. Saya sentiasa menunggu hari Jumaat dengan hati yang berbunga~

 

Satu-satu drama yang saya sedang ikuti sekarang ini, sangat seronok… Lakonan Kim Bora adalah sangat natural.

 

Permulaan baru Cha Junghyeok dan Han Suyeon adalah membanggakan. Saya semakin tenggelam dengan keserasian kedua-dua watak ini.

Jangan hukum sesuatu drama itu sebelum ia bermula lagi! Apa kata kita tengok dahulu, barulah bagi pandangan yang bernas. Tengok, awal-awal kutuk tapi sekarang ini semua dah jatuh cinta dengan “Touch”!

Sumber: Newsen (1)(2)

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...