Ikuti Kami:

Mahu Nyahkaktif Twitter, Haneesya Hanee Diselar Cuba Raih Publisiti Guna Ayat Terakhir Mendiang Sulli

Mahu Nyahkaktif Twitter, Haneesya Hanee Diselar Cuba Raih Publisiti Guna Ayat Terakhir Mendiang Sulli

Ramai mesti tahu mengenai kes bekas Dewi Remaja iaitu Haneesya Hanee yang tak pernah lekang dengan kontroversi sejak beberapa minggu ini kan? Daripada isu ‘kulit gelapnya’ sehingga mengheret ibunya sekali untuk mengeluarkan saman kepada netizen yang bermulut celupar.

Kelmarin, Haneesya Hanee telah memuat naik satu entri di laman Twitternya menggambarkan seolah-olah dia mahu menyahaktifkan akaunnya itu kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan netizen.

haneesya hanee cuba raih publisiti dengan gunakan ayat sulli untuk nyahaktif twitternya

Walaubagaimanapun, ramai yang mengecam ayatnya itu yang dikatakan telah meniru ayat bintang K-Pop yang baru sahaja meninggal dunia semalam. Bagi yang tidak mengetahui, Sulli yang baru berusia 25 tahun telah menggemparkan dunia seni antarabangsa apabila dia nekad mengambil nyawanya sendiri semalam.

Berikut merupakan video IG Live terakhir daripada gadis cantik itu. Lihatlah ayatnya yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis oleh Haneesya Hanee.

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...