Ikuti Kami:

Lihat Lee Seunggi & Suzy Perah Otak Teka ‘Slang’ Orang Malaysia!

Lihat Lee Seunggi & Suzy Perah Otak Teka ‘Slang’ Orang Malaysia!

Sudah pun 4 episod ditayangkan, drama Vagabond kini kian mendapat tempat di hati peminat K-Drama. Bukan sahaja kerana ia diterajui oleh Lee Seunggi dan Suzy, tetapi naskhah ini yang padat dengan aksi mendebarkan menyebabkan penonton tak berkelip menghadap kaca televisyen. Bajet yang dikeluarkan untuk menghasilkan drama ini memang tak disia-siakan kerana dapat dilihat daripada kualiti drama ini yang tinggi.

Bagi yang tak tahu, drama ini berkisar tentang seorang lelaki yang terlibat dengan kes sebuah kapal terbang yang terhempas semasa membawa ribuan penumpang di dalamnya. Seorang pekerja kontrak di bawah Kedutaan Korea di Morocco turut terlibat secara tidak sengaja dengan insiden ini. Keduanya yang terperangkap dengan masalah itu telah membongkar satu rahsia besar mengenai penyelewangan negara. Kisah ini menekankan tentang sejumlah gelandangan yang kehilangan keluarga dan sahabat handai dalam usaha untuk mencari kebenaran.

vagabond lakonan lee seunggi dan suzy

Drama ini bukan sahaja ditayangkan di saluran televisyen Korea, SBS malahan ia merupakan siri asal Netflix. Bagi mempromosikan drama ini di platform siaran tersebut, Suzy dan Lee Seunggi telah melakukan temu bual yang lebih mendalam mengenai lakonan mereka. Tapi yang menariknya apabila kedua pelakon ini telah melalui satu segmen di mana mereka perlu meneka beberapa maksud ‘slang’ bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...