Ikuti Kami:

Lepas Kes Wonho, Shownu Monsta X Pula Dituduh Pernah Ada ‘Skandal’ Dengan Isteri Orang?

Lepas Kes Wonho, Shownu Monsta X Pula Dituduh Pernah Ada ‘Skandal’ Dengan Isteri Orang?

Kalau anda nak tahu, kumpulan idola Monsta X boleh tahan popular di Korea dan seluruh dunia. Ingatkan kumpulan ini tenang-tenang sahaja tetapi siapa sangka banyak pula khabar angin buruk yang bertiup mengenai beberapa ahli kumpulan mereka. Semalam kecoh, apabila Wonho dikatakan telah melarikan diri daripada membayar hutang rakan baiknya bernama Jung Daeun. Selain itu, idola lelaki itu turut didakwa pernah ditahan di pusat juvana atas kesalahan mencuri.

Diam tak diam, tiba-tiba timbul pula cerita baru mengenai seorang lagi ahli kumpulan Monsta X iaitu Shownu. Seorang gadis bernama Han Seohee yang juga merupakan kekasih Jung Daeun mendedahkan bahawa lelaki itu pernah mempunyai hubungan romantik dengan isteri orang. Biar betul?!

shownu monsta x dituduh punyai hubungan dengan isteri orang

Menurut entri yang dimuat naik menerusi IG Story Han Seohee, seorang lelaki telah menghantar mesej terus (direct message) kepada kekasihnya Jung Daeun. Lelaki itu meluahkan bahawa isterinya telah curang dengan Shownu dan peguam syarikat naungan kumpulan itu (Starship Entertainment) turut berhubung dengannya bagi menyelesaikan isu itu.

shownu monsta x dituduh punyai hubungan dengan isteri orang

Menerusi mesej peguam itu, dia menyatakan bahawa Shownu tidak akan terlibat langsung dengan kes ini kerana dia tidak bersalah.

shownu monsta x dituduh punyai hubungan dengan isteri orang

“Selepas menyoal Shownu, kami mendapat tahu bahawa dia langsung tidak mengetahui bahawa ‘A’ merupakan isteri orang atau pun kekasih sesiapa. Jikalau dia tahu ‘A’ sudah mempunyai teman lelaki, dia tidak akan melibatkan diri dengan wanita itu. Dia juga tidak mempunyai rancangan untuk berjumpa lagi dengan ‘A’ untuk apa-apa jua perkara selain tidak mahu terlibat dengan sebarang jenis saman terhadap ‘A’. Tolong beringat tentang perkara ini.”

Suami ‘A’ juga mendakwa bahawa dia telah pergi ke syarikat itu untuk berbincang dengan lebih lanjut tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Walaubagaimanapun, IG Story itu telah pun dipadam oleh Han Seohee selepas beberapa ketika.

Setekah mendiamkan diri, syarikat naungan Monsta X telah tapil dan memberikan kenyataan mengenai isu ini.

“Shownu telah pun berhubung dengan wanita tersebut sebelum dia berkahwin lagi. Wanita itu berkahwin sekitar Ogos tetapi agensi kami telah mendapat kepastian daripada Shownu sendiri bahawa dia tidak tahu-menahu langsung mengenai hal itu kerana wanita itu tidak memaklumkan apa-apa kepadanya.

“Suami wanita itu telah menghubungi agensi lantas kami telah berjumpa dengannya dan kesemua hal ini telah dijelaskan. Selepas itu, Shownu yang mendapat tahu tentang perkahwinan mereka, terus tidak berhubung langsung dengan wanita itu. Shownu mendedahkan bahawa dia tidak mahu terlibat dengan hubungan pasangan suami isteri tersebut dan satu mesej telah dihantar kepada pasangan itu untuk menjelaskan pendirian kami.

“Apa hal pun, kami ingin meminta maaf kerana menyebabkan gangguan emosi kepada setiap individu yang terlibat dan turut menyusahkan peminat Shownu. Tambahan lagi, kami sebagai agensi naungan perlulah melindungi artis kami. Jadi kami memohon anda semua memahami jikalau pihak kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang atas salah faham dan spekulasi yang melampau.”

Sumber: Allkpop (1)(2)

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...