Ikuti Kami:

Lee Sangyoon & Sungjae BTOB Undur Diri Daripada ‘Master In The House’

Lee Sangyoon & Sungjae BTOB Undur Diri Daripada ‘Master In The House’

Industri hiburan Korea ini bukan sahaja hebat dalam pembikinan drama tetapi idea program rancangan hiburan mereka boleh tahan unik sahaja! Punyalah best sampaikan ada beberapa program garapan mereka telah pun diadaptasi ke negara-negara luar.

Antara program hiburan mendapat perhatian ramai ialah “Master In The House” yang dikelolakan oleh saluran SBS. Bagi yang tak tahu, rancangan ini membawa kisah beberapa selebriti lelaki yang meluangkan masa bersama dengan pakar terkenal dalam bidang masing-masing pada saban episod dan cuba untuk mempelajari kehidupan mereka.

master in the house

Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Dengan berat hati dikhabarkan bahawa dua orang ahli tetap “Master In The House” iaitu Lee Sangyoon dan Yook Sungjae (BTOB) membuat keputusan untuk menarik diri daripada keluarga tersebut. Kini, ahli tetap yang tinggal ialah Lee Seunggi dan Yang Sehyung serta seorang selebriti yang baru sahaja sertai program itu iaitu Shin Sungrok pada bulan lepas.

Menurut SBS, kedua selebriti itu sedang merakamkan episod terakhir mereka bersama “Master In The House” sekarang ini. Tidak disertai oleh mana-mana pakar, episod istimewa ini hanyalah percutian ringkas di antara kesemua ahli di mana mereka semua mengimbas kembali kenangan sepanjang program itu berjalan.

master in the house

Dengar cerita, pihak produksi “Master In The House” sedang mencari seorang lagi ahli tetap yang baru namun belum mengesahkan lagi kebenarannya. Selain itu, mereka juga akan menggunakan konsep ‘intern’ dengan ramai idola dan juga pelakon baru bagi mengisi kekosongan yang ada buat sementara ini.

Episod terakhir “Master In The House” bersama Lee Sangyoon dan Yook Sungjae akan ditayangkan pada awal Mac nanti. Sama-sama kita saksikan!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...