Ikuti Kami:

Lee Minjung & Lee Sangyeob Bakal Bergandingan Dalam Drama ‘I’ve Returned After One Marriage’

Lee Minjung & Lee Sangyeob Bakal Bergandingan Dalam Drama ‘I’ve Returned After One Marriage’

Rasanya macam lama tak lihat Lee Minjung berlakon kan? Setelah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular iaitu Lee Byunghun, wanita ini nampaknya lebih senang memberi fokus kepada penjagaan keluarganya.

Terbaru, Lee Minjung akan muncul dalam drama romantik bertajuk “I’ve Returned After One Marriage” di bawah stesen televisyen KBS. Drama ini berkisar tentang sebuah kisah pergolakan yang terjadi dalam keluarga Song sehinggalah membawa kepada penemuan cinta pasangan dan juga keluarga. Keluarga ini dilengkapi dengan ayah yang kedekut, ibu yang materialistik dan empat orang adik-beradik yang mempunyai masalah mereka yang tersendiri.

lee minjung

Lee Minjung akan membawa watak Song Nahee iaitu seorang doktor kanak-kanak yang bercita-cita tinggi dan sentiasa berada di tempat teratas dalam kelasnya. Dia sangat menyayangi dirinya tetapi tidak bertimbang rasa terhadap orang lain. Oh Yoonah yang juga merupakan kawan rapat Lee Minjung dalam dunia sebenar akan membawa watak sebagai kakaknya yang merupakan seorang pramugari cantik yang kembali semula ke rumah bersama anaknya selepas dia bercerai.

Pasangan Lee Minjung pula ialah Lee Sangyeob yang akan membawa watak sebagai seorang doktor perubatan dalaman di sebuah hospital kanak-kanak. Lelaki itu adalah kacak, baik hati, kelakar dan popular dalam kalangan rakan sekerjanya dan juga pesakit kerana telatah lucunya. Dia juga dibesarkan dalam keluarga kaya namun pernah melalui satu peristiwa buruk yang hampir meragut nyawanya suatu ketika dahulu.

lee sangyeob

Tak sabarnya nak lihat gandingan lakonan di antara Lee Minjung dan Lee Sangyeob. Sama-sama kita nantikan!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...