Ikuti Kami:

Lee Minho Muat Naik Foto Di Set ‘The King: Eternal Monarch’, Beri ‘Hint’ Perkahwinan Lee Gon & Jung Taeeul?

Lee Minho Muat Naik Foto Di Set ‘The King: Eternal Monarch’, Beri ‘Hint’ Perkahwinan Lee Gon & Jung Taeeul?

Semakin menghampiri penamat, penonton tegar “The King: Eternal Monarch” kian tak keruan menantikan kesudahan kepada kisah cinta di antara Jung Tae-eul (Kim Go-eun) dan Lee Gon (Lee Min-ho).

Walaupun sudah dikupas sedikit demi sedikit, ramai yang masih tidak senang duduk melihatkan dunia selari Kerajaan Corea dan Republik Korea Selatan yang semakin kusut kerana manusia yang tamak.

the king: eternal monarch

Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton, Lee Min-ho telah memuat naik beberapa gambar kabur di laman Instagramnya. Daripada pengamatan, nampaknya lelaki itu telah berlari di antara susunan kerusi yang menampakkan bendera kedua-dua negara dalam dunia selari itu.

 

View this post on Instagram

 

??

A post shared by 이민호 leeminho (@actorleeminho) on

Namun begitu, ramai yang ‘speku’ sepertinya ia adalah set penggambaran ketika majlis perkahwinan oleh kerana susunan kerusi yang nampak cantik. Bahkan kesemua pengikut pelakon lelaki itu meninggalkan komen dan berharap agar Lee Gon akan menikahi Jung Tae-eul pada akhirnya nanti.

Majlis perkahwinan bersama Tae-eul??

 

Perkahwinan siapa?

 

Walaupun gambar kabur, masih nampak tampan.

 

Spoiler babak perkahwinan?

 

Ada bendera Kerajaan Corea dan Republik Korea Selatan, ada banyak kerusi. Adakah pyeha akan berkahwin dengan Tae-eul?

Tak sabar nak saksikan episod akhir “The King: Eternal Monarch” nanti!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...