Setiap episod “Running Man” pasti ada sahaja misi lucu yang buatkan penonton pecah perut. Tambahan pula kalau ada tetamu yang sama gila-gila, bertambah kelakar lagi segmen yang dikendalikan oleh pihak produksi “Running Man”.
Terbaru, pelakon popular seperti Ji Chang-wook, Kim Yoo-jung, Do Sang-woo dan Han Sun-hwa telah hadir sebagai tetamu untuk mempromosikan drama “Backstreet Rookie” yang bakal ditayangkan di SBS nanti.
Walaupun dibahagikan kepada 4 kumpulan, tetapi kumpulan yang dianggotai oleh Ji Chang-wook, Song Ji-hyo dan Lee Kwang-soo nyata menerima pujian penonton kerana perangai ‘gila-gila’ dan masuk air mereka.
Hal ini dapat dilihat apabila mereka berlawan dan menggelabah apabila terpaksa memecahkan belon yang diisikan dengan air apabila gagal menjawab soalan yang diajukan. Melihatkan Song Ji-hyo yang garu kepala serta Lee Kwang-soo dan Ji Chang-wook yang menggigil terus membuatkan penonton berasa geli hati. Lagi lawak sebab mereka semua akhirnya pecahkan belon tersebut dan ‘mandi’ beberapa kali!
Bukan itu sahaja, tak sangka identiti dua broker misteri itu akhirnya terbongkar dan mereka tak lain tak bukan ialah Lee Kwang-soo dan Ji Chang-wook. Yang bestnya apabila Song Ji-hyo yang rasa dikhianati terus menghujani mereka berdua dengan kata-kata cacian.
Memang bernasib malang kerana walaupun mempunyai peluang cerah untuk menang tetapi kedua-dua Lee Kwang-soo dan Ji Chang-wook gagal kerana salah memilih barangan yang sering dibeli di kedai serbaneka.
Serius lawak gila episod kali ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.