Ikuti Kami:

Lakar Sejarah! ‘Parasite’ Terima 6 Pencalonan Di Anugerah Oscar Ke-92

Lakar Sejarah! ‘Parasite’ Terima 6 Pencalonan Di Anugerah Oscar Ke-92

Tipulah kalau ada yang cakap mereka tidak pernah dengar tentang kehebatan filem “Parasite”! Naskhah ini ternyata mencipta fenomena selepas dikeluarkan untuk tontonan umum pada April 2019. Filem ini membawa penonton mengikuti kisah sebuah keluarga miskin yang licik di mana mereka menggunakan pelbagai muslihat untuk memasuki sebuah keluarga kaya. Hubungan di antara kedua keluarga itu dipenuhi dengan pelbagai kisah yang berbelit sehinggakan ia membawa kepada pengakhiran yang berdarah.

Kalau anda nak tahu, “Parasite” telah berjaya merangkul anugerah berprestij semasa di “2020 Golden Globe Awards” baru-baru ini! Membanggakan apabila mereka memenangi trofi bagi kategori “Filem Bahasa Asing Terbaik” yang dipertandingkan. Hebat!

parasite menang golden globes 2020

Walaupun dah kutip pelbagai anugerah hebat daripada majlis penganugerahan Korea dan juga antarabangsa, tetapi nampaknya filem arahan pengarah hebat Bong Joonho ini masih tidak puas lagi dengan pencapaian yang ada. Baru sahaja diumumkan bahawa “Parasite” merupakan filem Korea pertama yang berjaya menerima beberapa pencalonan penting di dalam “The 92nd Academy Awards” termasuklah kategori utama seperti “Best Director”, “Best Original Screenplay” dan “Best Foreign Language Film (Best International Feature Film)”.

filem parasite

Lagi mengujakan kerana ini adalah kali pertama filem keluaran Korea telah dicalonkan untuk kategori “Best Picture” dan Bong Joonho juga merupakan pengarah Korea pertama yang dicalonkan untuk “Oscar”. Selain itu, “Parasite” turut tercalon untuk “Best Production Design” dan “Best Film Editing” lantas mengesahkan bahawa filem bergenre misteri itu telah menerima enam pencalonan dalam majlis penganugerahan berprestij itu.

Nampaknya, semua orang masih lagi tak kebah daripada demam “Parasite”. Walaupun dah masuk tahun 2020, tetapi naskhah ini masih lagi menjadi sebutan ramai.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...