Kumpulan Lelaki K-Pop Pertama Cecah 1 Bilion Tontonan, BTS Cipta Sejarah Dengan Video Muzik ‘DNA’

bts dna 1 bilion tontonan

Kumpulan BTS sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi! Bukan sahaja diangkat sebagai kumpulan idola lelaki terbaik pada dekad ini di Korea bahkan nama mereka turut menjadi sebutan di persada antarabangsa!

Lebih mengagumkan apabila kumpulan popular ini mencipta sejarah baru apabila video muzik untuk lagu “DNA” berjaya meraih 1 bilion tayangan di laman Youtube tepat jam 2.19 pagi tadi (waktu Korea).

bts dna 1 bilion tontonan

Lagu utama untuk album “Love Yourself: Her” yang diriliskan pada tahun 2017 itu, mengambil masa lebih kurang hampir dua tahun untuk mencatat rekod hebat seperti itu. Hebat sungguh kumpulan K-Pop yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, Ji-min, Jung-kook, V dan J-Hope.

Nah! Saksikan sendiri kehebatan video muzik “DNA” ini!

Semoga terus pecah rekod lagi pada masa akan datang!

Leave a Reply