Ikuti Kami:

Klip Lee Minho & Kim Goeun Dalam ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Penonton Teruja Lihat Keserasian Mereka

Klip Lee Minho & Kim Goeun Dalam ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Penonton Teruja Lihat Keserasian Mereka

Nampaknya ramai yang dah tak sabar nak tonton drama pertama Lee Minho selepas dia pulang daripada latihan khidmat ketenteraan wajib untuk semua lelaki Korea. Selepas drama lakonannya iaitu “Legend Of The Blue Sea” tamat, semua peminat dah resah sebab dah lama tak dapat lihat muka kacak pelakon kesayangan mereka. Jangan risau kerana lelaki itu kembali dengan drama fantasi terbaru iaitu “The King: Eternal Monarch” pada bulan April nanti!

Sinopis ringkas

Lee Minho akan memainkan dua watak di mana salah satunya ialah sebagai maharaja Korea yang berusaha untuk menutup satu gerbang dimensi bagi menyekat kemasukan kuasa jahat dengan niat untuk memporak-perandakan kerajaannya. Manakala dirinya dalam dunia lain ialah seseorang yang bertungkus lumus untuk melindungi orang yang disayanginya daripada watak antagonis. Daripada garapan kasar drama ini, ia akan memaparkan dua kehidupan dalam dunia yang berbeza. Naskhah ini juga akan menekankan hubungan romantik di antara hero dan heroinnya.

the king: eternal monarch lee minho

Sedutan pendek Lee Minho dan Kim Goeun buat ramai teruja

Klip ini bermula apabila Lee Minho dan Kim Goeun berjumpa di tengah-tengah kota yang bergemerlapan. Lelaki itu duduk tenang di atas kuda putih tunggangannya sambil wanita tersebut memandangnya dari satu jarak yang selamat. Tiba-tiba dia menuju ke arahnya dan memeluknya erat sehingga menyebabkab wanita itu terkejut besar.

 

View this post on Instagram

 

[2차 티저] ‘같이 가자, 나의 세계로’ 이민호 x 김고은 주연 <더킹:영원의군주> 2020년 4월, 차원이 다른 사랑 이야기로 곧 찾아갑니다

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...