Ikuti Kami:

Kisah Pahit Manis Buat Jungsun & Sungjoon, Penonton Tidak Puas Hati Dengan Pengakhiran ‘VIP’!

Kisah Pahit Manis Buat Jungsun & Sungjoon, Penonton Tidak Puas Hati Dengan Pengakhiran ‘VIP’!

Drama “VIP” sesungguhnya mendapat perhatian yang hebat daripada peminat K-Drama! Mungkin kerana plot ceritanya yang tidak konvensional di mana heronya secara terangan merupakan seorang suami yang durjana kerana mencurangi isterinya sendiri.

Baru sahaja menamatkan tayangannya pada 24 November lepas, ramai penonton sepertinya tidak berpuas hati dengan kesudahannya yang pahit manis. Rata-rata mereka berharap agar Jungsun membalas dendam terhadap salah laku suaminya tapi ternyata hampa kerana wanita itu akhirnya melepaskan juga Park Sungjoon daripada genggamannya.

[Amaran SPOILER]

Selepas Jungsun mengalami kemalangan yang teruk, Ha Taeyong bersemuka dengannya dan bertanya sama ada dia mahu memusnahkan kehidupan suaminya. Pun begitu, wanita tersebut menolak ajakan tersebut kerana tidak mahu merendahkan dirinya sama seperti suaminya yang sering melakukan kerja kotor seperti itu. Walaupun berseorangan, Ha Taeyoung tetap meneruskan rancangannya untuk mendedahkan kecurangan abang dan anak perempuannya selain membongkarkan penipuan yang dilakukannya untuk membolot saham di syarikat ayahnya. Menerima kecaman yang hebat, hidup Park Sungjoon, Oh Yuri dan Timbalan Presiden Ha Jaewoon musnah dan menjadi kelam kerana kejahatan mereka terdedah kepada seluruh dunia.

episod akhir vip

Yuri juga mula sedar bahawa hubungan romantinya bersama Sungjoon seperti sudah tiada maknanya. Pada malam dia bersama dengan kekasihnya untuk belajar membawa kereta, gadis itu meminta untuk menamatkan hubungan mereka. Meskipun sudah merosakkan hidup ramai orang, Yuri tidak merasakan perbuatannya itu salah.

episod akhir vip

Semasa Sungjoon kembali ke kediaman mereka untuk mengemas barangnya, Jungsun meluahkan segala perasaan yang terbuku dan menceritakan tentang kisah mereka pada masa lalu. Bagaimana dia mahu berkahwin dengan lelaki itu dan mengetahui segala rahsia suaminya sendiri daripada ibunya. Sungjoon tergamam dan menjelaskan bahawa dia tidak sampai hati untuk menceritakan hal tersebut kepada Jungsun kerana tidak mahu menyakitinya dan menganggap dia sebagai perosak keluarga orang lain. Kecewa, isterinya menyerahkan surat penceraian dan mengharapkan yang terbaik pada suaminya.

episod terakhir vip

Semasa di kediaman barunya, Sungjoon terjumpa sebuah kamera dengan gulungan filem yang belum dicuci. Selepas dihantar untuk dicuci, lelaki itu melihat banyak kepingan gambar ketika dia bahagia bersama isterinya. Melihatkan keseronokan mereka, Sungjoon menangis teresak-esak dan mula terkenang apa yang telah dilaluinya bersama Jungsun sebelum dia melakukan kesilapan yang besar dalam hidup mereka.

episod terakhir vip

Suatu hari, semasa menghadiri pengebumian salah seorang VIP mereka, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan bekas suaminya. Mengambil peluang ini untuk bertanya khabar, Jungsun menjelaskan bahawa dia tidak menyesal langsung berkahwin dengan lelaki itu. Sungjoon mendoakan kebahagiaan wanita itu dan mereka akhirnya berpisah dan membawa haluan masing-masing.

episod akhir vip

Kesudahan yang hambar

Penonton tegar “VIP” ternyata membenci kesudahan yang dipilih oleh penulis drama ini. Bagi mereka, cerita ini diikat dengan pengakhiran yang sangat hambar dan anti-klimatik. Sepatutnya si isteri membalas dendam ke atas perbuatan suaminya itu tetapi dia hanya menerima segala takdir ini dengan hati yang terbuka.

“Kalau bukan disebabkan oleh Jang Nara, penonton tak akan sambung tengok cerita ini. Penulis skrip ni tak patut perasan yang dia telah menggarap cerita yang bagus.”

“Kesudahan apakah ini? Jang Nara tak dapat balas dendam pun…”

“Pengakhiran kepada si curang… jangan sakiti orang yang kita cintai. Saya sangat menyukai lakonan Jang Nara sehingga ke akhirnya.”

“Saya tak pasti niat yang cuba disampaikan oleh penulis ini… apa yang awak cuba beritahu kepada kami?”

Mungkin penonton berasa tidak puas kerana antagonis seperti Sungjoon dan Yuri tidak mendapat balasan yang menyakitkan. Mereka mahukan watak ini semua supaya terseksa kerana sanggup memainkan perasaan orang yang tidak bersalah.

drama vip

Pun begitu, drama “VIP” ini berjaya memecahkan rekod peribadi apabila mencatat rating tertinggi sepanjang ia ditayangkan pada episod terakhirnya. Naskhah ini telah merekodkan purata 12% dan 15.9% jumlah tontonan di seluruh negara selain tontonan tertinggi per minit dicatatkan pada 20.7%. Hebat!

Sumber: JazmineMedia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...