Ikuti Kami:

Kim Woobin Dan Shin Minah Bakal Berkahwin Tahun 2021!

Kim Woobin Dan Shin Minah Bakal Berkahwin Tahun 2021!

Peminat K-Drama pasti kenal dengan pasangan pelakon yang telah lama bercinta iaitu Kim Woobin dan Shin Minah.

Sudah hampir 5 tahun bercinta, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah mereka akan mengakhiri zaman bujang mereka. Jangan terkejut kerana pasangan secocok ini mungkin akan berkahwin pada tahun 2021!

Menurut ahli panel rancangan “Rumor Has It”, Kim Woobin dan Shin Minah sedang sibuk dengan persediaan perkahwinan mereka.

“Mendengar cerita daripada orang yang rapat dengan mereka, mereka menyatakan yang perkahwinan itu tidak akan berlaku pada tahun depan, tetapi pada tahun 2021.”

kimwoobin_shinminah

Salah seorang ahli panel iaitu selebriti Hong Seokcheon yang juga merupakan teman rapat Kim Woobin mendedahkan cerita mengenai rakannya itu.

“Sejak mula bercinta dengan Shin Minah, lelaki itu sangat gembira dan romantik. Dia juga rajin membawa teman wanitanya itu berjalan-jalan di dalam keretanya.”

Tak sabar nak tunggu pengumuman rasmi daripada pasangan itu sendiri!

Sumber: KStarLive, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...