Ikuti Kami:

Kim Junghyun Buat Kemunculan Istimewa Dalam Drama Terbaru Seo Jihye, ‘Shall We Eat Dinner Together?’

Kim Junghyun Buat Kemunculan Istimewa Dalam Drama Terbaru Seo Jihye, ‘Shall We Eat Dinner Together?’

Peminat drama “Crash Landing On You” sudah pasti masih tak boleh ‘move on’ dengan kehebatan drama itu kan? Meskipun teraju utamanya iaitu Ri Junghyuk dan Seri akhirnya berjaya bersama selepas pelbagai halangan tetapi ramai yang bersedih dengan cinta Seo Dan dan Seungjun yang terkubur dek kematian lelaki itu.

Kepada peminat fanatik pasangan ‘Seo-Dan’, anda tak perlu lagi bersedih kerana kedua pelakon itu iaitu Kim Junghyun dan Seo Jihye dilaporkan bakal bergandingan semula dalam drama drama terbaru yang diterajui oleh pelakon wanita itu iaitu “Shall We Eat Dinner Together?”

kim junghyun dalam shall we eat dinner together?

Sinopsis pendek

Drama romantik ini diambil daripada sebuah webtoon dnegan tajuk yang sama di mana ia akan membawa penonton melalui kisah seorang lelaki dan wanita yang bencikan cinta kerana pengalaman lepas yang menyakitkan. Apabila mula makan malam bersama, kedua individu ini berjaya memulihkan perasaan dan mula mengenali cinta menerusi makanan.

Seo Jihye bakal membawa watak Woo Dohee yang sudah tidak punyai perasaan selepas kisah cintanya yang gagal pada masa lepas. Manakala Song Seungheon pula akan memainkan watak Kim Haekyung iaitu seorang pakar psikiatri dan ahli psikologi makanan yang mengkaji seseorang itu dengan melihat tindak-tanduk mereka ketika menjamah makanan. Lelaki itu juga menggunakan teknik rawatan menerusi makanan bagi menyembuhkan pesakitnya. Meskipun dia seorang yang sangat lembut dengan pesakit tetapi dia sangat tegas apabila mengkritik makanan.

seo jihye dan song seungheon shall we eat together?

Dah rakam pun!

Disebabkan oleh keserasian yang ditunjukkan dalam “Crash Landing On You”, Kim Junghyun telah bersetuju untuk membuat kemunculan istimewa dalam drama “Shall We Eat Dinner Together?” yang bakal ditayangkan pada bulan Mei nanti!

Dengar cerita penggambaran yang berlaku pada 27 Mac menunjukkan bahawa keserasian kedua pelakon ini masih lagi utuh dan ‘menjadi’! Sama-sama kita saksikan.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...