Ikuti Kami:

Kim Joomuk Tak Dapat Sorok Rasa Gembira Apabila Choi Jiwoo Muncul Dalam ‘Crash Landing On You’!

Kim Joomuk Tak Dapat Sorok Rasa Gembira Apabila Choi Jiwoo Muncul Dalam ‘Crash Landing On You’!

Dengar cerita sejak drama “Crash Landing On You” ditayangkan, habis semua drama lain terpaksa mengundurkan diri sedikit kerana habis semua penonton serbu nak tengok naskhah itu! Membawa sedikit kelainan apabila drama di bawah saluran tvN ini mengetengahkan latar belakang kehidupan tentera Korea Utara yang jarang diangkat sebelum ini dalam mana-mana drama lain.

parti politik tentang crash landing on you

Disebabkan terlalu popular, rating “Crash Landing On You” semakin meningkat pada saban episod sehinggakan sudah duduk di tangga ke-4 sebagai drama dengan rating tertinggi dalam sejarah saluran tvN! Bahkan banyak juga nama besar yang buat kemunculan istimewa dalam drama ini seperti Kim Soohyun dan juga Choi Jiwoo. Pelakon lelaki yang popular dengan naskhah seperti “My Love From The Star” dengan gempaknya telah membawa watak sebagai seorang tentera Korea Utara yang sedang dalam misi di Korea Selatan lantas menyamar sebagai penghantar makanan. Memang kelakar habis!

kim soohyun crash landing on you

Selepas tersebar berita mengatakan bahawa pelakon popular iaitu Choi Jiwoo bakal membuat kemunculan dalam drama “Crash Landing On You”, kebanyakan penonton menebak bahawa dia akan membawa watak sebagai dirinya sendiri memandangkan salah seorang orang bawahan Hyunbin dalam drama itu iaitu Kim Joomuk langsung tak sorok cintanya kepada pelakon itu selepas menonton drama ‘lejen’ “Stairway To Heaven”.

Kisah bermula apabila Yoon Seri (Son Yejin) meminta Kim Joomuk untuk membantunya berjumpa dengan seseorang selain menyuruhnya berpakaian dengan kemas. Sampai sahaja ke destinasi yang diarahkan oleh Seri, dia ternampak susuk tubuh Choi Jiwoo yang sedang duduk di sebuah meja di tepi tingkap. Habis ditonyok matanya kerana tak percaya tuahnya dapat berjumpa dengan pelakon drama kegemarannya.

choi jiwoo crash landing on you

Duduk sahaja berhadapan dengan Choi Jiwoo, wanita itu menceritakan tentang permintaan Seri tersebut.

Seri tak pernah minta pertolongan seperti ini tetapi dia merayu dan meminta bantuan sekali ini sahaja. Dia beritahu yang dia ada beberapa rakan mudanya yang paling disayangi dan awak adalah salah seorang daripada mereka.

Saya dengar awak datang daripada jauh untuk berjumpa dengan saya. Terima kasih banyak.

Kim Joomuk dengan tangisan mengucapkan tidak apa-apa. Seronoknya tentera itu dapat jumpa idola favouritenya!

Apabila Kim Joomuk ditanya ada tak apa-apa yang ingin disampaikan kepadanya, dia dengan tersipu malu menyebut dialog popular daripada drama “Stairway To Heaven”.

choi jiwoo crash landing on you

Dia mula menyebut dialog popular itu,

Awak beritahu orang yang sayangkan antara satu sama lain akhirnya akan berjumpa kan? Walaupun sejauh mana awak pergi…

Choi Jiwoo terus menyambung,

…Cinta akan kembali juga akhirnya.

Kim Joomuk nyata tak dapat menahan rasa terharunya dan mengangguk sedih kerana dapat berjumpa pelakon asal “Stairway To Heaven” itu dan bersama-sama menyebut dialog beremosi itu.

Betul tu. Cinta akan kembali.

Selain itu, dia turut melakonkan babak popular lakonan Kwon Sangwoo dalam drama “Sad Love Story” yang ditayangkan pada tahun 2005. Kim Joomuk kemudiannya merendahkan beanie yang dipakainya untuk menyorokkan air matanya sambil bergembira dengan temu janjinya bersama Choi Jiwoo.

choi jiwoo crash landing on you

Babak istimewa ini nyata mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Terhibur lihat Kim Joomuk tersipu malu kerana akhirnya berjaya mencapai impiannya untuk berjumpa dengan pelakon Hallyu terkenal iaitu Cho Jiwoo.

Nampaknya Kim Joomuk makin bertambah sayanglah dengan Yoon Seri!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...