Ikuti Kami:

Kim Jaejoong Dedah Dirinya Positif COVID-19 Rupanya Sebagai Lawak ‘April Fool’, Ditempelak Netizen!

Kim Jaejoong Dedah Dirinya Positif COVID-19 Rupanya Sebagai Lawak ‘April Fool’, Ditempelak Netizen!

Umum mengetahui bahawa wabak COVID-19 merupakan satu perkara yang merunsingkan banyak negara di seluruh dunia. Saban hari semakin banyak kes positif yang dilaporkan sehingga membuatkan kerajaan terpaksa mengumumkan ‘perintah berkurung’ kepada sesetengah rakyatnya.

Jelaslah bahawa ia bukan satu perkara yang boleh dibuat main! Pun begitu selebriti Kim Jaejoong yang juga merupakan bekas ahli kumpulan popular DBSK telah melampaui batas dan memuat naik berita bahawa dia kini positif virus itu sebagai lawak sempena April Fool.

Saya telah dijangkiti COVID-19. Adalah sangat cuai bagi pihak saya kerana mengambil ringan segala langkah pencegahan yang diuarkan oleh kerajaan dan juga orang di sekeliling saya.

Betapa besar kelakuan seseorang boleh memberi impak kepada seluruh masyarakat… saya minta maaf kepada semua yang berjangkit kerana saya.

Kesilapan yang dibuat oleh saya, telah menjadikan saya sebegini. Saya hidup dengan fikiran bahawa ia tidak akan berlaku kepada saya. Saya sekarang sedang dirawat di hospital.

Saya sangat berysukur dan kesal, mengimbau kembali masa lepas saya. Terdapat banyak perkara yang saya mahu sampaikan… ramai orang yang saya ingin berjumpa…

kim jaejoong buat lawak mengenai covid-19

Selepas menimbulkan kerisauan peminat dan orang ramai dengan berita tersebut. Kim Jaejoong kemudiannya menukar kapsyen di entri Instagramnya dan memberitahu bahawa ia hanyalah sekadar gurauan dan menjelaskan bahawa ia adalah peringatan kepada orang ramai mengenai bahayanya COVID-19. Selebriti itu juga meminta semua orang supaya mematuhi arahan pihak bertanggungjawab dan dapat membendung wabak ini dengan kadar segera.

Disebabkan oleh lawak yang tidak sensitifnya ini terutamanya melibatkan situasi yang menimbulkan kerisauan ramai, kesemua netizen telah menghamburkan kata-kata marah kepada Kim Jaejoong kerana tindakan tidak matangnya itu.

Adakah awak waras?

 

Apabila awak ingat memuat naik sesuatu dan awak terfikir ‘patut tak saya pos benda ini?’, maknanya awak tak patut muat naik entri tersebut.

 

Sangat kebudak-budakan.

 

Kalau awak jahil, tolonglah jangan guna media sosial kerana ia akan jadi racun kepada awak suatu hari nanti.

 

Betul-betul tak ada buah fikiran.

Tak semua benda boleh buat main, harap Jaejoong belajar daripada kesilapan ini dan muhasabah diri.

Sumber: Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...