Ikuti Kami:

Kes COVID-19 Melonjak Ke 156 Di Korea Selatan, Rakyat Kritik Presiden Buat Majlis Makan Sambut Kejayaan ‘Parasite’

Kes COVID-19 Melonjak Ke 156 Di Korea Selatan, Rakyat Kritik Presiden Buat Majlis Makan Sambut Kejayaan ‘Parasite’

Filem “Parasite” nyata telah memberikan pengiktirafan yang besar kepada industri perfileman Korea selepas berjaya membolot pelbagai anugerah antarabangsa. Lagi hebat sebab ia merupakan filem asing pertama yang memenangi Oscars di Academy Awards ke-92 baru-baru ini.

Disebabkan kejayaan yang membanggakan itu, Presiden Korea Selatan iaitu Moon Jaein telah menjemput kesemua pelakon dan staf yang terlibat dalam produksi filem itu untuk menghadiri makan tengah hari di Rumah Biru.

presiden moon jaein dan parasite

presiden moon jaein dan parasite

Presiden Moon Jaein tidak dapat menyorokkan rasa gembiranya dan menyatakan rasa bangga kerana “Parasite” telah melakar sejarah dalam industri perfileman Korea dan juga Academy Awards. 

Oscars adalah festival filem yang paling unggul dan hebat di dunia tetapi seperti apa yang dikatakan oleh Bong Joonho, ia adalah seperti ‘festival filem tempatan’. Tetapi disebabkan oleh kecermelangan ‘Parasite’ dan Bong Joonho, mereka mampu memecahkan halangan itu dan dikenali sebagai filem terbaik dengan pengarah yang termasyhur. Ini membuatkan saya lebih berbangga.

Pun begitu, acara makan tengah hari yang dilakukan secara meriah ini telah menerima kecaman rakyat Korea. Dengan isu COVID-19 yang kian serius di Korea, rakyat terpempan kerana presiden negara itu seperti tidak mengambil peduli tentang masalah serius ini.

Kalau anda nak tahu, jumlah kes yang dilaporkan di negara itu meloncat tiga kali ganda dalam masa tiga hari sahaja. 52 kes terbaru telah dilaporkan pada hari ini (Jumaat) dan membawa kepada jumlah 156 kes kesemuanya. Kes ini tersebar secara meluas akibat daripada seorang wanita berusia 61 tahun yang merupakan kes ke-31 dan dia telah menghadiri aktiviti gereja dan mungkin telah mendedahkan virus tersebut kepada 1,001 ahli rumah keagamaan itu. Sehinggakan kerajaan terpaksa mengarahkan daerah Daegu dan Cheongdo sebagai zon pengurusan kepada virus ini.

corona di korea

Disebabkan situasi yang semakin parah disebabkan oleh COVID-19 ini, rata-rata rakyat Korea terkesima kerana Presiden mereka masih mampu bergelak ketawa dan mengadakan acara makan tengah hari untuk menyambut kemenangan filem “Parasite” walhal penduduk terutamanya di Daegu berasa panik dengan penambahan kes ini.

Presiden Moon Jaein, sementara awak makan bersama pelakon ‘Parasite’ di Rumah Biru, terdapat ratusan doktor dan jururawat yang bekerja di hospital untuk menjaga pesakit. Seorang telah pun mati… macam mana awak boleh okay sahaja? Semua orang takut dengan Coronavirus dan sentiasa menyarungkan topeng muka ketika di kereta api bawah tanah tetapi awak boleh berseronok makan jjapaguri di Rumah Biru? Awak sedar tak awak adalah orang kaya yang sama yang digambarkan dalam filem ‘Parasite’? Tidak peduli langsung tentang orang lain melainkan diri awak sendiri.

 

Saya cuba untuk lebih memahami tetapi saya tak sangka presiden kita sedungu ini… Saya rasa dia sendiri tak tahu sama ada dia presiden atau pun bintang terkenal. Seorang pesakit telah mati atas ketidakprihatinannya dan kini terdapat lebih daripada 100 pesakit. Awak masih ada masa untuk makan jjapaguri sekarang?

 

Masa yang penting seperti ini??? Tak tahu mana satukah keutamaan anda?

 

Hmmm… Susah nak beri sokongan. Kalau pun mereka perlu meneruskan acara makan ini, buatlah secara tertutup. Terdapat lebih 100 orang yang dijangkiti sekarang… batalkan sahajalah majlis tersebut.

 

Salah masa betul. Di satu sisi, kita ada golongan atasan menikmati festival bergelak ketawa… manakala di sisi yang lain, kita ada rakyat biasa yang sedang menyediakan upacara pengebumian.. Sedih melihat presiden kita berseronok dalam keadaan yang bahaya sekarang dan produser filem pun tak boleh nak tolak dan duduk ketawa sekali bersamanya. Tak tahan melihat mereka berdua.

 

Masanya adalah salah. Memang hebat apa yang dicapai oleh ‘Parasite’ tetapi majlis makan itu sepatutnya ditunda ke hari yang lain.

 

Secara logiknya, tiada masa untuk bergelak ketawa ketika makan sekarang ini. Kita telah mendapat 30 kes baru dalam masa sehari, adakah ia suatu perkara yang kelakar? Dah ada kematian pun. Majlis makan ini sepatutnya dibatalkan sahaja pada pagi tersebut. Meskipun presiden tidak boleh baca situasi, stafnya sepatutnya lebih tahu dan membatalkannya.

Korea Selatan yang tidak berada dalam paras bahaya sebelum ini kini melompat ke tangga pertama sebagai negara Asia paling banyak kes COVID-19 di luar China.

Sumber: The Korea Herald, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...