Ikuti Kami:

Keputusan Selalu Gempak, Ibu ‘Support’ Minat K-Pop Dan Turut Belajar Mengenai BTS Untuk Anaknya!

Keputusan Selalu Gempak, Ibu ‘Support’ Minat K-Pop Dan Turut Belajar Mengenai BTS Untuk Anaknya!

Kebanyakan K-Pop di Malaysia selalu dipandang rendah oleh orang sekeliling. Ramai yang menganggap mereka ini terlampau taksub dan obses dengan idola kegemaran mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan mungkin juga pelajar. Tapi kalau anda selami kisah segelintir peminat K-Pop ini, tak semuanya begitu kerana ada sahaja yang bekerjaya bagus dan mendapat keputusan yang hebat setiap kali peperiksaan penting.

Rata-rata ibu bapa juga ada yang larang anak-anak mereka daripada meminati K-Pop. Bagi mereka itu adalah satu ‘fasa’ kehidupan yang membuang masa. Ada yang takut anak mereka lalai dan mengabaikan pelajaran kerana terlalu terkejar-kejar mengikuti idola kegemaran mereka.

Pun begitu, tidak bagi ibu seorang peminat K-Pop ini yang sentiasa menyokong minat anaknya. Siap belajar lagi mengenai kumpulan kesukaan anaknya supaya dapat berkongsi minat sekali!

ibu sokong minat anak pada k-pop

Bagi ibu ini, dia tidak kisah sekiranya anak perempuannya itu meminati K-Pop asalkan tahu jaga batas, sentiasa ingat untuk solat dan tak abaikan pelajaran. Jikalau mereka mematuhi semua ini, tiada masalah bagi si ibu untuk membenarkan anaknya mengikuti perkembangan idola kegemarannya itu.

ibu belajar mengenai k-pop kerana minat anak

Selain itu, ibu ini turut mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kumpulan kegemaran anaknya iaitu BTS supaya dapat mengukur sama ada mereka boleh memberikan pengaruh yang baik kepada anaknya. Selepas ‘diselongkar’, ternyata BTS tidak mempunyai apa-apa masalah peribadi lantas ibu ini senang untuk melepaskan anaknya untuk meminati kumpulan popular itu.

bts

Para peminat K-Pop lain yang membaca tentang kisah ibu ini yang ‘supportive’ terhadap minat anaknya itu, rata-ratanya melahirkan rasa cemburu. Ini kerana ada sesetengah daripada mereka yang dimarahi oleh ibu bapa mereka sendiri kerana menyukai genre ini.

peminat k-pop cemburu lihat ibu sokong minat anaknya

peminat k-pop cemburu

Tak salah sekiranya ibu bapa sendiri yang cuba dekati anak-anak dengan memahami minat mereka. Selagi tidak melampau dan melekakan, rasanya boleh sahaja untuk biarkan anak-anak meminati K-Pop. Kalau lihat daripada sudut yang positif, banyak sahaja kebaikan meminati genre ini. Contohnya, ramai sahaja yang melakukan dermaan atas nama idola kegemaran mereka. Positifkan?

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...