Ikuti Kami:

Kang Haneul, Han Hyojoo, Lee Kwangsoo, Sehun & Ramai Lagi Disahkan Bakal Terajui Sekuel Filem ‘Pirates’

Kang Haneul, Han Hyojoo, Lee Kwangsoo, Sehun & Ramai Lagi Disahkan Bakal Terajui Sekuel Filem ‘Pirates’

Anda pernah tak tonton filem Korea “Pirates” yang diterajui oleh pelakon hebat Kim Nam-gil dan Son Ye-jin? Naskhah ini membawa kisah sekumpulan lanun dan penyamun yang bertarung selepas ditawarkan hadiah yang lumayan bagi mendapatkan kembali mohor diraja Maharaja Ming yang ditelah oleh ikan paus. Filem ini merupakan antara naskhah yang berjaya pada tahun 2014 kerana berjaya menarik 8.6 juta penonton ke pawagam.

pirates

Dek filem pertama “Pirates” yang sukses itu, dikhabarkan bahawa sekuelnya bakal menemui penonton tak lama lagi. Walaupun hanya khabar angin sebelum ini tetapi kini pihak produksi “Pirates 2” sudah pun mengesahkan barisan pelakon untuk filem itu. Antara daripada nama hebat yang bersetuju untuk mebintanginya ialah Kang Ha-neul, Han Hyo-joo, Lee Kwang-soo, Kwon Sang-woo, Chae Soo-bin, Sehun (kumpulan EXO), Kim Sung-oh, Park Ji-hwan dan ramai lagi.

Untuk sekuelnya, filem ini diberi tajuk “The Pirates: Goblin Flag” akan membawa kisah beberapa indivisu yang berkumpul dalam kapal yang sama bagi mencari harta karun terakhir keluarga diraja Goryeo yang hilang tanpa kesan selepas empayar tersebut digantikan dengan pemerintahan Joseon.

Kang Ha-neul akan membawa watak ketua kepada angkatan tentera iaitu Woo Moo-chi yang menggelar dirinya sendiri sebagai pendekar pedang paling agung di Goryeo.

pirates 2 kang haneul

Han Hyo-joo pula menggalas tugas sebagai kapten kepada segerombolan lanun bernama Hae Rang. Dikhabarkan bahawa pelakon wanita ini juga akan melakonkan segala babak aksi tanpa pelakon lagak ngeri.

pirates 2 han hyojoo

Lee Kwang-soo bakal melakonkan watak Mak Yi, seorang lanun yang suka bekerja secara sendirian.

pirates 2 lee kwangsoo

Manakala Kwon Sang-woo menyahut cabaran memainkan watak Boo Heung-soo, seorang yang berlawan dengan lanun untuk mendapatkan harta karun tersebut.

pirates 2 kwon sangwoo

Chae Soo-bin akan melakonkan watak So Nyeo, seorang wanita muda yang berani menyertai dan hidup dalam kapal lanun.

pirates 2 chae soobin

Watak Han Goong akan diterajui oleh Sehun (kumpulan EXO) iaitu seorang lanun yang tampan dan pakar dalam memanah.

pirates 2 sehun exo

Hebat betul semua yang berlakon sekuel “Pirates” ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...