Ikuti Kami:

“Kalau Awak Terima, Mesti Dah Rakam ‘Superman Returns'”- Netizen Bengang Jongkook Usik Jihyo Pasal Gary

“Kalau Awak Terima, Mesti Dah Rakam ‘Superman Returns'”- Netizen Bengang Jongkook Usik Jihyo Pasal Gary

Sesiapa yang minat “Running Man” pada awal tayangannya pasti tahu yang ahlinya iaitu Song Jihyo dan Gary sering dikenenkan bersama. Punya ramai yang sokong mereka berdua ini bercinta sampaikan ada nama timangan iaitu “Monday Couple”. Pun begitu, usikan mengenai love line mereka mula berkurangan apabila Song Jihyo diumumkan sedang bercinta dengan bos syarikatnya pada ketika itu. Namun begitu, selepas dah solo kembali, Jihyo dan Gary mula diusik semula tetapi semuanya terhenti apabila penyanyi rap itu membuat keputusan untuk menarik diri daripada program hiburan tersebut.

Selepas mereka meneruskan “Running Man” tanpa Gary dan dengan ahli baru iaitu Yang Sechan dan Jun Somin, dah jarang nama lelaki itu dikaitkan dengan Song Jihyo. Pun begitu, dalam episod terbaru rancangan itu, Kim Jongkook telah mengusik pelakon wanita itu mengenai kisah cintanya bersama Gary.

Ianya bermula apabila ahli-ahli lain sedang bercerita tentang hubungan baru yang sedang berbunga di dalam program itu. Somin mengadu bahawa Sechan tidak melayan segala cubaanya untuk mendekati contohnya lelaki itu menolak untuk makan ais kacang sekali.

running man somin

Mendengarkan cerita pelakon wanita itu, Jihyo telah menyampuk dan menasihatkan Sechan supaya tidak menolak daripada didekati Somin. Pun begitu, kenyataan Jihyo itu telah menerima usikan daripada Jaesuk.

Awak pun sepatutnya macam itu dahulu..

Dalam keadaan tersipu malu dan tergamam, Jongkook telah memberikan lagi kenyataan ‘panas’ sehingga menyebabkan semua di situ terbahak ketawa.

Kalaulah awak terima, mesti awak tengah rakam ‘Superman Returns’ bersama.

Pun begitu, pelakon wanita itu menjelaskan bahawa dia dan Gary tidak pernah mempunyai hubungan sedemikian rupa. Lalu terus Jaesuk mengubah ke topik yang lain.

Meskipun Kim Jongkook hanyalah bergurau tetapi netizen meluahkan rasa kesal kerana dia mengungkit hal yang sudah lama berlaku. Tambahan lagi, tidak manis mengaitkan nama Gary dan Jihyo sedangkan lelaki itu sedang berbahagia dengan isteri dan anaknya.

Adakah awak rasa ini kelakar??? Tolonglah jangan bergurau seperti ini… Kalaulah si isteri terdengar mesti dia akan berasa tak selesa…

 

Kenapa Song Jihyo kena terima Gary? Mereka adalah seperti keluarga jadi nak bercinta macam pelik sahaja. Disebabkan peminat sering mengusik mereka, kedua-duanya beberapa kali secara terangan beritahu bahawa mereka adalah ‘pasangan bisnes’. Song Jihyo pun dah ada teman lelaki pada ketika itu.

 

Kalau isteri Gary tengok, mesti dia tak seronok.. Tak kisah langsung tentang perasaan orang lain… Tolonglah jaga adab…

 

Gary dah pun mempunyai isteri dan anak, kenapa perlu berkata sebegitu?

 

Sila berlapik bila bercakap. Gary dah punyai anak dan bahagia pun, mesti isterinya akan terasa kalau mendengar ini.

 

Melampaunya Jongkook ni!

Benda dah lepas kan, tak payahlah sebut lagi. Gary dah bahagia pun dengan keluarga barunya.

Sumber: MyDaily, Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...