Ikuti Kami:

Jungkook BTS Disiasat Kerana Menyalahi Peraturan Lalu Lintas Sehingga Melanggar Sebuah Teksi

Jungkook BTS Disiasat Kerana Menyalahi Peraturan Lalu Lintas Sehingga Melanggar Sebuah Teksi

Walaupun tidak selalu terjadi tetapi sudah beberapa kali dilaporkan beberapa artis mengalami kemalangan jalan raya kerana kesalahan sendiri atau pun salah pihak yang lain. Terbaru, satu laporan mendedahkan bahawa Jungkook daripada kumpulan BTS telah terlibat dengan sebuah kemalangan melibatkan keretanya.

Menurut pihak polis daripada Balai Polis Yongsan, mereka telah memanggil idola itu untuk satu soal siasat mengenai satu kesalahan lalu lintas. Laporan menyatakan Jungkook yang sedang memandu Mercedes-Benz miliknya sendiri di kejiranan Hannam di Daerah Yongsan telah menyalahi satu peraturan lalu lintas sehingga menyebabkannya terlanggar sebuah teksi.

Kedua-dua Jungkook dan pemandu teksi tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Polis menjelaskan bahawa mereka tidak dapat memberikan kenyataan lanjut mengenai kemalangan tersebut kerana ia masih di bawah siasatan.

jungkook bts ditahan kerana kesalahan lalu lintas sehingga menyebabkan kemalangan

Syarikat naungan BTS iaitu Big Hit Entertainment turut mengeluarkan kenyataan mengenai insiden ini.

“Pihak polis masih belum menutup lagi siasatan bagi kes kemalangan ini jadi kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut mengenainya. Tetapi Jungkook mengakui kesalahannya yang menyebabkan kemalangan selepas terlanggar kenderaan lain. Kedua-dua Jungkook dan mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Jungkook mengakui bahawa dia telah menyalahi undang-undang lalu lintas selepas insiden itu. Kawasan kemalangan dan soal siasat polis sudah pun selesai mengikut prosedur yang sepatutnya, satu penyelesaian secara damai telah dilakukan bersama mangsa selepas itu.

“Sekali lagi, kami ingin memohon maaf kepada mangsa dan kami juga minta maaf kerana merisaukan semua peminat. Terima kasih.”

Harapnya siasatan berjalan dengan lancar. Berhati-hatilah ketika di jalan raya sebab kadang-kadang bukan nyawa kita sahaja yang terancam bahkan orang lain yang tak bersalah juga.

Sumber: Twitter (@OH_mes2), Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...